Rabu, 7 Januari 2026

Cara Daftar Perniagaan di SSM Online


 

Cara Daftar Perniagaan di SSM Online (EzBiz)


🟦 1. Cara Daftar

Cara daftar perniagaan di SSM secara online menggunakan EzBiz. Proses ni mudah, boleh buat dari rumah sahaja, dan sesuai untuk usahawan baru yang nak daftar enterprise atau sole proprietorship.


🟦 2. Kenapa Kena Daftar 

Ramai yang tanya, kenapa perlu daftar perniagaan?
👉 Supaya bisnes kita sah di sisi undang-undang
👉 Senang buka akaun bank syarikat
👉 Nampak lebih profesional bila berurusan dengan pelanggan atau syarikat lain.


🟦 3. Langkah 1 – Daftar Akaun EzBiz 

  1. Pergi ke laman 👉 ezbiz.ssm.com.my.
  2. Klik Sign Up, isi maklumat peribadi – IC, alamat, email & nombor telefon.
  3. Lepas daftar, semak email untuk aktifkan akaun.

(Tunjuk skrin EzBiz semasa sebut step ni).


🟦 4. Langkah 2 – Pengesahan Akaun 

Sebelum mula daftar perniagaan, akaun EzBiz kena disahkan dulu.
📌 Ada dua cara:

  • Pergi ke kaunter SSM sekali sahaja untuk verification.
  • Atau buat secara online – upload IC depan belakang + selfie.

🟦 5. Langkah 3 – Daftar Perniagaan Baru 

  • Log masuk EzBiz → pilih New Business Registration.
  • Isi maklumat penting:
    • Nama perniagaan (guna nama sendiri atau nama trade).
    • Alamat perniagaan.
    • Jenis perniagaan (contoh: peruncitan online, agen takaful, servis).
    • Tempoh daftar (1 – 5 tahun).
  • Semak betul-betul sebelum submit.

🟦 6. Langkah 4 – Bayaran Pendaftaran 

Lepas submit, terus buat bayaran online:

  • RM30 untuk nama sendiri.
  • RM60 untuk nama trade.
  • Tambah RM5 untuk setiap cawangan.
  • Tambah RM10 kalau nak sijil cetak.

🟦 7. Langkah 5 – Muat Turun Sijil 

Bila bayaran berjaya, anda boleh terus download sijil perniagaan (Form D) dari EzBiz.
Simpan PDF ni, sebab inilah bukti sah perniagaan anda. Boleh guna untuk buka akaun bank, apply tender atau urusan rasmi lain.

Jadi itulah cara daftar perniagaan di SSM secara online. Senang kan?


Khamis, 1 Januari 2026

Damai itu bukan tiada masalah


 

‎بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Buat Renungan Kita Bersama….🌹🌹🌹

Damai Itu Bukan Tiada Masalah, Tapi Bila Allah Di Hati


Muqaddimah : ✨

 Kadang kita rasa hidup ini penat — ujian datang silih berganti, rezeki sempit, orang tak faham, hati pun makin berat.

Kita fikir, “kalau masalah ni hilang, mesti aku tenang.” Tapi hakikatnya, ketenangan bukan bila masalah selesai,tapi bila hati berserah sepenuhnya kepada Allah.

Ada orang kaya, tapi jiwanya gelisah. Ada orang miskin, tapi hatinya lapang.

Bezanya cuma satu — siapa yang ada di dalam hati. Kalau dunia yang kita letak di hati, kita akan kecewa. Tapi kalau Allah yang kita letak di hati, badai pun terasa lembut, air mata pun jadi doa.

Rasulullah ﷺ pernah bersabda: 🕌🕌

“ Bukanlah kaya itu kerana banyaknya harta, tetapi kaya itu ialah kaya hati.”

(HR. Bukhari & Muslim)


Hati yang kaya dengan iman akan tenang walau hidup serba kurang, sebab dia tahu — semua ini sementara, dan setiap kesusahan ada rahmat yang tersembunyi.

🌙 Damai itu bukan bila hidup tak diuji, tapi bila setiap ujian jadi sebab kita makin dekat dengan Ilahi. Bila kita yakin Allah tahu segala nya, kita tak lagi takut kehilangan apa-apa.

💫 Maka, bila resah datang, jangan lari dari Allah — lari kepada-Nya. Ucapkan perlahan dalam hati:

“ Ya Allah, aku tenang bila Engkau ada di sisiku.”

 Damai bukan kerana tiada masalah, tapi kerana hati ini sudah belajar bahawa setiap masalah adalah jemputan untuk kembali kepada Tuhan. 💧

🕌 Kata Ulama: 

1. Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata:

“ Ketenangan hati hanya akan tercapai bila hati mengenal Allah, mencintai-Nya dan kembali kepada-Nya dalam setiap keadaan.”

2. Hasan al-Basri juga berpesan:

“ Carilah manisnya hidup dalam tiga perkara , ketika solat, ketika membaca Al-Qur’an, dan ketika berzikir. Jika engkau tidak menemuinya, maka ketahuilah hatimu sedang sakit.”


🤲 Doa Penutup : 

اللَّهُمَّ يَا سَاكِنَ الْقُلُوبِ، أَنْزِلِ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِنَا، وَاجْعَلْنَا مِنَ الْعَابِدِينَ الرَّاضِينَ بِقَضَائِكَ


Ya Allah, wahai Penenang segala hati, turunkanlah ketenangan dalam jiwa kami, dan jadikanlah kami hamba-Mu yang reda dengan setiap takdir-Mu.


🌿 Pesanan Ringkas: Tenang bukan bila hidup tanpa badai,tapi bila hati tahu siapa yang mengatur badai itu. Bila Allah di hati, setiap ujian jadi zikir, setiap tangisan jadi doa, dan setiap kesakitan jadi jalan menuju syurga. 

Semoga bermanfaat, Memburu Maghfirah Meraih Mardhatillah

Perkongsian.

Al Faqir Ust Hj Wan Hamiidi Bin Wan Mat




Isnin, 29 Disember 2025

Doa Awal Bulan



     بسم الله الرحمن الرحيم

       DOA AWAL BULAN

ذكر كتيك مليهت بولن سابيت

Zikir Ketika Melihat BULAN SABIT.

Daripada Talhah bin Ubaidillah, bahawa Nabi SAW bersabda:



كَانَ إِذَا رَأَىْ الهِلَالَ قَالَ اللَّهُمَّ أَهْلِلْهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ 


Maksudnya: “Apabila baginda SAW melihat anak bulan, baginda SAW akan membaca doa yang bermaksud: Ya Allah keluarkanlah anak bulan ini dengan keberkatan dan keimanan, serta berikanlah keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhanmu (anak bulan) ialah Allah SWT”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 3373]

Daripada Ibn Umar RA bahawa Nabi SAW bersabda:




اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْأَمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ، وَالتَّوْفِيقِ لِمَا نُحِبُّ وَتَرْضَى، رَبُّنَا وَرَبُّكَ اللَّهُ


Maksudnya: “Ya Allah keluarkanlah daripada anak bulan ini ke atas kami dengan kamanan dan keimanan, serta berikanlah keselamatan dan keIslaman, bantulah atas setiap apa yang kami sukai dan yang Engkau redhai. Tuhan kami dan Tuhanmu (anak bulan) ialah Allah SWT”. [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith 888]


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين

Perkongsian AF Ustaz Zahazan

Jumaat, 26 Disember 2025

Doa ketika sukar tidur



Ini doa & amalan ketika sukar tidur (ringkas, sahih & biasa diamalkan):

🌙 1. Doa Nabi ketika susah tidur

Bahasa Arab:


 اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ، وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ، لَا تَأْخُذُكَ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ، يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ، أَهْدِئْ لَيْلِي، وَأَنِمْ عَيْنِي


Maksud:

 Ya Allah, bintang-bintang telah terbenam dan mata-mata telah lena, sedangkan Engkau Maha Hidup dan tidak tidur. Wahai Tuhan Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus, tenangkanlah malamku dan tidurkanlah mataku.


🌙 2. Doa ringkas sebelum tidur

 اللَّهُمَّ بِاسْمِكَ أَمُوتُ وَأَحْيَا


Maksud:

 Dengan nama-Mu ya Allah, aku mati dan aku hidup.

(Hadis sahih – Riwayat Bukhari)


🌙 3. Zikir penenang hati (sangat berkesan)


Baca perlahan sambil pejam mata:


Subhanallah ×33

Alhamdulillah ×33

Allahu Akbar ×34


(Amalan Nabi SAW sebelum tidur)


🌙 4. Ayat pelindung & penenang

Ayat Kursi (1 kali)

Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas (3 kali)


🌙 5. Doa bila fikiran tak berhenti

 اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ


Maksud:

 Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kegusaran dan kesedihan.


Tip tambahan💡

Tutup lampu terang

Letak phone jauh sikit

Tidur mengiring ke kanan

Baca doa dalam nada perlahan & berulang




Rabu, 24 Disember 2025

Terjemahan Surah Al-Ahqaf Ayat 1-5 (Bahasa Melayu & English)


Terjemahan Surah Al-Ahqaf Ayat 1-5 dalam Bahasa Melayu

( 1 )   Haa, Miim.

( 2 )   Diturunkan Al-Quran ini, dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

( 3 )   (Ingatlah), tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya melainkan dengan ada gunanya yang benar dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu (yang padanya dijalankan pembalasan); dan orang-orang yang kafir berpaling dari menerima peringatan yang diberikan kepada mereka mengenainya.

( 4 )   Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik yang menentangmu): "Sudahkah kamu mengetahui kekuasaan dan kelayakan makhluk - makhluk yang kamu seru dan sembah yang lain dari Allah? Tunjukkanlah kepadaku apakah yang mereka ciptakan dari bahagian bumi ini? Atau adakah mereka mempunyai sebarang perkongsian (dengan Allah) dalam mencipta dan menguruskan langit? Bawalah kamu kepadaku sebuah Kitab (dari Allah) yang lain dari Al-Quran ini, atau sebarang keterangan yang berdasarkan ilmu (peninggalan orang-orang yang telah lalu) kalau betul kamu orang-orang yang benar (tentang dakwaan kamu itu)!"

( 5 )   Dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menyembah sesuatu yang lain dari Allah, yang tidak dapat menyahut atau memberikan sebarang pertolongan kepadanya (dari dunia) hinggalah ke hari kiamat, sedang makhluk-makhluk yang mereka sembah itu tidak dapat menyedari atau memberi layanan baik kepada permohonan mereka.


Terjemahan Surah Al-Ahqaf Ayat 1-5 dalam English 

( 1 )   Ha, Meem.

( 2 )   The revelation of the Book is from Allah, the Exalted in Might, the Wise.

( 3 )   We did not create the heavens and earth and what is between them except in truth and [for] a specified term. But those who disbelieve, from that of which they are warned, are turning away.

( 4 )   Say, [O Muhammad], "Have you considered that which you invoke besides Allah? Show me what they have created of the earth; or did they have partnership in [creation of] the heavens? Bring me a scripture [revealed] before this or a [remaining] trace of knowledge, if you should be truthful."

( 5 )   And who is more astray than he who invokes besides Allah those who will not respond to him until the Day of Resurrection, and they, of their invocation, are unaware.



Doa elak gangguan Jin

 



Doa elak gangguan jin:


Amalkan bersama 2 ayat terakhir surah Al Baqarah setiap malam.


Al-Baqarah 285-286

ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَـٰٓئِكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍۢ مِّن رُّسُلِهِۦ ۚ وَقَالُوا۟ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ ٱلْمَصِيرُ ٢٨٥

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًۭا كَمَا حَمَلْتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ ۖ وَٱعْفُ عَنَّا وَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَآ ۚ أَنتَ مَوْلَىٰنَا فَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ


Doa: 

أَعُوذُ بِوَجْهِ اللَّهِ الْكَرِيمِ، وَبِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ الَّتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَعْرُجُ فِيهَا. وَمِنْ شَرِّ مَا ذَرَأَ فِي الْأَرْضِ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا، وَمِنْ شَرِّ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ، وَمِنْ شَرِّ طَوَارِقِ اللَّيْلِ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ طَارِقٍ إِلَّا طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَنُ


Ertinya: 'Aku berlindung dengan dzat Allah yang maha mulia, dengan kalimat-kalimat-Nya yang sempurna, yang tidak ada orang baik dan juga orang derhaka yang melampauinya, dari keburukan yang turun dari langit dan keburukan apa pun yang naik ke langit; dari keburukan apa sahaja yang masuk ke bumi dan keburukan apa saja yang keluar dari bumi; dari keburukan fitnah-fitnah siang dan malam; dari keburukan petaka-petaka malam; dari keburukan setiap petaka yang datang, kecuali petaka yang datang membawa kebaikan, wahai Zat yang maha penyayang.”


Perkongsian AF Ustaz Zahazan dalam Tafsir Surah Al Jin, 2025.

Terjemahan Surah Al-Baqarah ayat 1-5 Bahasa Melayu dan English

 


 Terjemahan Bahasa Melayu

( 1 )   Alif, Laam, Miim. ( 2 )   Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; ( 3 )   Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. ( 4 )   Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). ( 5 )   Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

 

Terjemahan in English

( 1 )   Alif, Lam, Meem. ( 2 )   This is the Book about which there is no doubt, a guidance for those conscious of Allah - ( 3 )   Who believe in the unseen, establish prayer, and spend out of what We have provided for them, ( 4 )   And who believe in what has been revealed to you, [O Muhammad], and what was revealed before you, and of the Hereafter they are certain [in faith]. ( 5 )   Those are upon [right] guidance from their Lord, and it is those who are the successful.