Isnin, 29 Disember 2025

Doa Awal Bulan



     بسم الله الرحمن الرحيم

       DOA AWAL BULAN

ذكر كتيك مليهت بولن سابيت

Zikir Ketika Melihat BULAN SABIT.

Daripada Talhah bin Ubaidillah, bahawa Nabi SAW bersabda:



كَانَ إِذَا رَأَىْ الهِلَالَ قَالَ اللَّهُمَّ أَهْلِلْهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ 


Maksudnya: “Apabila baginda SAW melihat anak bulan, baginda SAW akan membaca doa yang bermaksud: Ya Allah keluarkanlah anak bulan ini dengan keberkatan dan keimanan, serta berikanlah keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhanmu (anak bulan) ialah Allah SWT”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 3373]

Daripada Ibn Umar RA bahawa Nabi SAW bersabda:




اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْأَمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ، وَالتَّوْفِيقِ لِمَا نُحِبُّ وَتَرْضَى، رَبُّنَا وَرَبُّكَ اللَّهُ


Maksudnya: “Ya Allah keluarkanlah daripada anak bulan ini ke atas kami dengan kamanan dan keimanan, serta berikanlah keselamatan dan keIslaman, bantulah atas setiap apa yang kami sukai dan yang Engkau redhai. Tuhan kami dan Tuhanmu (anak bulan) ialah Allah SWT”. [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith 888]


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين

Perkongsian AF Ustaz Zahazan

Jumaat, 26 Disember 2025

Doa ketika sukar tidur



Ini doa & amalan ketika sukar tidur (ringkas, sahih & biasa diamalkan):

🌙 1. Doa Nabi ketika susah tidur

Bahasa Arab:


 اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ، وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ، لَا تَأْخُذُكَ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ، يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ، أَهْدِئْ لَيْلِي، وَأَنِمْ عَيْنِي


Maksud:

 Ya Allah, bintang-bintang telah terbenam dan mata-mata telah lena, sedangkan Engkau Maha Hidup dan tidak tidur. Wahai Tuhan Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus, tenangkanlah malamku dan tidurkanlah mataku.


🌙 2. Doa ringkas sebelum tidur

 اللَّهُمَّ بِاسْمِكَ أَمُوتُ وَأَحْيَا


Maksud:

 Dengan nama-Mu ya Allah, aku mati dan aku hidup.

(Hadis sahih – Riwayat Bukhari)


🌙 3. Zikir penenang hati (sangat berkesan)


Baca perlahan sambil pejam mata:


Subhanallah ×33

Alhamdulillah ×33

Allahu Akbar ×34


(Amalan Nabi SAW sebelum tidur)


🌙 4. Ayat pelindung & penenang

Ayat Kursi (1 kali)

Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas (3 kali)


🌙 5. Doa bila fikiran tak berhenti

 اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ


Maksud:

 Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kegusaran dan kesedihan.


Tip tambahan💡

Tutup lampu terang

Letak phone jauh sikit

Tidur mengiring ke kanan

Baca doa dalam nada perlahan & berulang




Rabu, 24 Disember 2025

Terjemahan Surah Al-Ahqaf Ayat 1-5 (Bahasa Melayu & English)


Terjemahan Surah Al-Ahqaf Ayat 1-5 dalam Bahasa Melayu

( 1 )   Haa, Miim.

( 2 )   Diturunkan Al-Quran ini, dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

( 3 )   (Ingatlah), tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya melainkan dengan ada gunanya yang benar dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu (yang padanya dijalankan pembalasan); dan orang-orang yang kafir berpaling dari menerima peringatan yang diberikan kepada mereka mengenainya.

( 4 )   Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik yang menentangmu): "Sudahkah kamu mengetahui kekuasaan dan kelayakan makhluk - makhluk yang kamu seru dan sembah yang lain dari Allah? Tunjukkanlah kepadaku apakah yang mereka ciptakan dari bahagian bumi ini? Atau adakah mereka mempunyai sebarang perkongsian (dengan Allah) dalam mencipta dan menguruskan langit? Bawalah kamu kepadaku sebuah Kitab (dari Allah) yang lain dari Al-Quran ini, atau sebarang keterangan yang berdasarkan ilmu (peninggalan orang-orang yang telah lalu) kalau betul kamu orang-orang yang benar (tentang dakwaan kamu itu)!"

( 5 )   Dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menyembah sesuatu yang lain dari Allah, yang tidak dapat menyahut atau memberikan sebarang pertolongan kepadanya (dari dunia) hinggalah ke hari kiamat, sedang makhluk-makhluk yang mereka sembah itu tidak dapat menyedari atau memberi layanan baik kepada permohonan mereka.


Terjemahan Surah Al-Ahqaf Ayat 1-5 dalam English 

( 1 )   Ha, Meem.

( 2 )   The revelation of the Book is from Allah, the Exalted in Might, the Wise.

( 3 )   We did not create the heavens and earth and what is between them except in truth and [for] a specified term. But those who disbelieve, from that of which they are warned, are turning away.

( 4 )   Say, [O Muhammad], "Have you considered that which you invoke besides Allah? Show me what they have created of the earth; or did they have partnership in [creation of] the heavens? Bring me a scripture [revealed] before this or a [remaining] trace of knowledge, if you should be truthful."

( 5 )   And who is more astray than he who invokes besides Allah those who will not respond to him until the Day of Resurrection, and they, of their invocation, are unaware.



Doa elak gangguan Jin

 



Doa elak gangguan jin:


Amalkan bersama 2 ayat terakhir surah Al Baqarah setiap malam.


Al-Baqarah 285-286

ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَـٰٓئِكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍۢ مِّن رُّسُلِهِۦ ۚ وَقَالُوا۟ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ ٱلْمَصِيرُ ٢٨٥

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًۭا كَمَا حَمَلْتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ ۖ وَٱعْفُ عَنَّا وَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَآ ۚ أَنتَ مَوْلَىٰنَا فَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ


Doa: 

أَعُوذُ بِوَجْهِ اللَّهِ الْكَرِيمِ، وَبِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ الَّتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَعْرُجُ فِيهَا. وَمِنْ شَرِّ مَا ذَرَأَ فِي الْأَرْضِ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا، وَمِنْ شَرِّ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ، وَمِنْ شَرِّ طَوَارِقِ اللَّيْلِ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ طَارِقٍ إِلَّا طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَنُ


Ertinya: 'Aku berlindung dengan dzat Allah yang maha mulia, dengan kalimat-kalimat-Nya yang sempurna, yang tidak ada orang baik dan juga orang derhaka yang melampauinya, dari keburukan yang turun dari langit dan keburukan apa pun yang naik ke langit; dari keburukan apa sahaja yang masuk ke bumi dan keburukan apa saja yang keluar dari bumi; dari keburukan fitnah-fitnah siang dan malam; dari keburukan petaka-petaka malam; dari keburukan setiap petaka yang datang, kecuali petaka yang datang membawa kebaikan, wahai Zat yang maha penyayang.”


Perkongsian AF Ustaz Zahazan dalam Tafsir Surah Al Jin, 2025.

Terjemahan Surah Al-Baqarah ayat 1-5 Bahasa Melayu dan English

 


 Terjemahan Bahasa Melayu

( 1 )   Alif, Laam, Miim. ( 2 )   Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; ( 3 )   Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. ( 4 )   Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). ( 5 )   Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

 

Terjemahan in English

( 1 )   Alif, Lam, Meem. ( 2 )   This is the Book about which there is no doubt, a guidance for those conscious of Allah - ( 3 )   Who believe in the unseen, establish prayer, and spend out of what We have provided for them, ( 4 )   And who believe in what has been revealed to you, [O Muhammad], and what was revealed before you, and of the Hereafter they are certain [in faith]. ( 5 )   Those are upon [right] guidance from their Lord, and it is those who are the successful.

 

Ahad, 21 Disember 2025

Terjemahan Surah Al-Fatihah


Terjemahan dalam bahasa Melayu 

( 1 ) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

( 2 ) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

( 3 ) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

( 4 ) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

( 5 ) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

( 6 ) Tunjukilah kami jalan yang lurus.

( 7 ) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


English translation

( 1 ) In the name of Allah, the Entirely Merciful, the Especially Merciful.

( 2 ) [All] praise is [due] to Allah, Lord of the worlds -

( 3 ) The Entirely Merciful, the Especially Merciful,

( 4 ) Sovereign of the Day of Recompense.

( 5 ) It is You we worship and You we ask for help.

( 6 ) Guide us to the straight path -

( 7 ) The path of those upon whom You have bestowed favor, not of those who have evoked [Your] anger or of those who are astray.


Jumaat, 19 Disember 2025

Doa apabila ditimpa musibah

 


Ummu Salamah membaca doa ini ketika kematian suaminya, Abu Salamah, seorang lelaki soleh yang terkorban kerana luka parah dalam perang Uhud. Ummu Salamah bertanya adakah seseorang yang lebih baik untuk menggantikan Abu Salamah. Lalu Allah gantikan suami yang terbaik buatnya iaitu Rasulullah SAW.


Bila di timpa musibah, bacalah:

,إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ 


Ertinya: “Kita milik Allah semata dan sesungguhnya hanya kepada-Nya semata kita kembali. 

(QS. Al-Baqarah [2]: 156).


 Kemudian baca doa Ummu Salamah, doa ini kerap di baca oleh Nabi SAW,


اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا


Ertinya: Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah yang menimpaku, dan berilah aku ganti yang lebih baik daripada musibah yang telah menimpa.”

 (Hadis Riwayat Muslim)


Bila ditimpa musibah jangan kata apa-apa melainkan baik sangka dengan Allah.



Perkongsian AF Ustaz Zahazan

Rabu, 17 Disember 2025

Doa Keluar Rumah

 


Doa keluar rumah tersebut berdasarkan hadist
riwayat At-Tirmidzi nombor 3348,


بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ

Dari Anas bin Malik, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَيْتِهِ فَقَالَ بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ قَالَ « يُقَالُ حِينَئِذٍ هُدِيتَ وَكُفِيتَ وَوُقِيتَ فَتَتَنَحَّى لَهُ الشَّيَاطِينُ فَيَقُولُ لَهُ شَيْطَانٌ آخَرُ كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِىَ وَكُفِىَ وَوُقِىَ .

Ertinya: Jika seseorang keluar rumah, lalu dia mengucapkan 'Bismillahi tawakkaltu 'alallah, laa hawla wa laa quwwata illa billah', maka dikatakan ketika itu: 'Engkau akan diberi petunjuk, dicukupkan keperluan dan di beri perlindungan.

Syaitan pun akan menyingkir darinya. Syaitan yang lain akan mengatakan: 'Bagaimana mungkin engkau bisa mengganggu seseorang yang telah mendapatkan petunjuk, kecukupan dan penjagaan dari Allah?'

Amalkan setiap kali keluar rumah.

Di tambah dengan doa ini:

Amalkan doa harian terutama ketika nak keluar dari rumah:


بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ


Ertinya:
Dengan nama Allah S.W.T yang bersama nama-Nya itu apa-apa sahaja di bumi atau di langit tidak boleh memberi mudarat dan Dialah zat yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui' (Hadith riwayat Abu Daud)


Barang siapa membaca doa ini tiga kali di waktu petang, maka tidak akan menimpa mara bahaya sampai pagi dan barang siapa yang membacanya pada waktu pagi tiga kali maka tidak akan menimpa mara bahaya pada dirinya, sampai petang harinya." (Hadis Riwayat Abu Dawud).

Semoga semua di antara kita terhindar dari musibah, penyakit dan mara bahaya. In shaa Allah Allahumma amiin.

Perkongsian AF Ustaz Zahazan

Selasa, 16 Disember 2025

Solat Sunat Witir

 



Menurut pandangan ulama, solat witir boleh dilakukan dalam bilangan ganjil,  1 rakaat, 3 rakaat, 5, 7, 9, atau 11 rakaat, tetapi yang paling sedikit ialah 1 rakaat — dan itu sudah mencukupi untuk dikira sebagai witir.


Berikut penjelasan ringkas ikut mazhab utama:

🕌 Mazhab Syafi‘i (yang diamalkan di Malaysia):

Solat witir boleh dilakukan selepas solat Isyak hingga sebelum Subuh.

Paling afdhal dilakukan 3 rakaat — sama ada dibuat:

Dua rakaat salam, kemudian satu rakaat salam, atau

Terus tiga rakaat sekali gus dengan satu salam, tanpa duduk tahiyat awal (seperti Maghrib tidak digalakkan).

Jika nak ringkas, buat satu rakaat selepas Isyak pun sah dan mendapat pahala witir.


Pendapat Ulama:

Imam al-Nawawi: "Sekurang-kurangnya witir ialah satu rakaat."

Imam Ahmad & Abu Hanifah: Witir boleh 1 rakaat, tetapi yang lebih sempurna ialah 3.

Rasulullah ﷺ kadang buat 1 rakaat, kadang 3, 5, 7, hingga 11 rakaat (mengikut riwayat sahih).


 Kesimpulan praktikal:

Kalau nak buat cepat selepas Isyak → boleh terus buat 1 rakaat.

Kalau nak ikut cara lebih sempurna → buat 3 rakaat (2+1).

Kalau nak bangun tahajud nanti → boleh tunda witir ke akhir malam, sebab Nabi ﷺ bersabda:

 “Jadikanlah akhir solat malam kamu dengan witir.” (HR. Bukhari & Muslim)