Jumaat, 19 Disember 2025

Doa apabila ditimpa musibah

 


Ummu Salamah membaca doa ini ketika kematian suaminya, Abu Salamah, seorang lelaki soleh yang terkorban kerana luka parah dalam perang Uhud. Ummu Salamah bertanya adakah seseorang yang lebih baik untuk menggantikan Abu Salamah. Lalu Allah gantikan suami yang terbaik buatnya iaitu Rasulullah SAW.


Bila di timpa musibah, bacalah:

,إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ 


Ertinya: “Kita milik Allah semata dan sesungguhnya hanya kepada-Nya semata kita kembali. 

(QS. Al-Baqarah [2]: 156).


 Kemudian baca doa Ummu Salamah, doa ini kerap di baca oleh Nabi SAW,


اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا


Ertinya: Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah yang menimpaku, dan berilah aku ganti yang lebih baik daripada musibah yang telah menimpa.”

 (Hadis Riwayat Muslim)


Bila ditimpa musibah jangan kata apa-apa melainkan baik sangka dengan Allah.



Perkongsian AF Ustaz Zahazan

0 ulasan:

Catat Ulasan