Sabtu, 17 Januari 2026

Amalan Soleh dibulan Rejab

 


Rejab adalah bulan untuk bercucuk tanam, Syaaban membaja dan menyiram, Ramadhan pula kita nikmati hasilnya. Menunjukkan ada proses. Mula beribadah pada bulan Rejab, supaya momentum kita kekalkan pada bulan Ramadhan.

Bulan haram ada 4;

Muharram

Rejab

Zulhijjah

Zulkaedah

Tak bererti bulan lain boleh buat kejahatan. Manusia ada kelemahan, Allah jadikan waktu tertentu supaya ada penumpuan ibadah. Macam hari Jumaat, kewajipan datang ke masjid untuk memberikan penekanan beribadah. Bukan waktu lain tak boleh ke masjid.

Allah amat menyukai 4 bulan yang haram. Itu hak Allah, kita tak berhak bertanya kenapa bulan ini bukan bulan yang lain.

Keistimewaan beribadah pada waktu tertentu kerana Allah tahu kelemahan manusia. Sebab itu Allah beri waktu tertentu selain Ramadhan agar kita fokus beribadah.

Bulan haram juga di kaitkan dengan fokus orang Arab untuk buat haji. Haji dilakukan sejak dari zaman Nabi Ibrahim lagi.

Kata Imam Shafie. Setiap malam ada waktu kemustajaban doa, sama macam doa di Raudhah atau di depan Kaabah. Ialah waktu dinihari, waktu tahajud antara 3.00-5.00 pagi.

Antara waktu lain mustajab doa:

1)Waktu hujan turun

2) Waktu Tahajud

3) Waktu antara azan dan iqamah

4) Waktu ziarah orang sakit

Nafhah, tiupan. Bila rahmat Allah terkena pada kita macam angin sepoi-sepoi bahasa terkena pada kita kita rasa selesa dan seronok. Kita kena berusaha menggamit rahmat Allah melalui ibadah di waktu tertentu.

Antara nama bukan Rejab ialah mu'ala, di tinggikan, tohir, di bersihkan. 

Rejab adalah bulan untuk bercucuk tanam, Syaaban membaja dan menyiram, Ramadhan pula kita nikmati hasilnya. Menunjukkan ada proses. Mula beribadah pada bulan Rejab, supaya momentum kita kekalkan pada bulan Ramadhan.

Apa perkara yang patut buat di bulan Rejab:

1. Banyakkan berdoa.

2. Jagalah solat. Tunaikan di awal waktu. Buat solat sunat qabliyah dan ba'diyah. Kalau tak buat hari berkerja buatlah masa hari cuti. Cubalah buat. Tambah solat sunat lain seperti dhuha agar kita dapat kekalkan momentum di waktu Ramadhan nanti.

3. Banyakkan puasa sunat. Sebagai contoh kata Ibnu Rejab, terdapat segolongan salaf yang berpuasa penuh ketika bukan haram seperti Saidina Umar, Hassan Al Basri dan As Tsauri. Cuma tidak berpuasa pada hari Sya' dan hari di Tasyrik. Nabi SAW menegur golongan yang hanya berpuasa penuh di bulan Rejab tetapi tidak pada bulan Syaaban. Nabi SAW suruh beri penumpuan di bulan Syaaban juga. Kalau tak mampu puasalah Isnin-Khamis atau puasa 3 hari di bulan haram. Nabi SAW tidak berpuasa sepenuhnya dalam bulan Rejab. Nabi SAW beri penumpuan lebih di bulan Syaaban. Nabi SAW puasa pada 2 minggu awal bulan Syaaban dan tidak berpuasa 2 minggu terakhir.

4. Perbanyakkan sedekah. Bayar zakat di bulan ini selepas langsaikan hutang. Ramai salafussoleh membayar zakat pada bulan Rejab. Baik untuk di ikuti mengikut haul kita. Bukan kewajipan cuma para salafussoleh mengambil keberkatan di bulan terakhir haram sebelum tiba Ramadhan. Sedekah Nabi SAW seperti angin bertiup kencang adalah di waktu bulan Ramadhan. Imam Ahmad dan Imam Malik pula mengharuskan kelewatan zakat untuk di hanya ke negara memerlukan. Mereka juga mengharuskan pengeluaran zakat dalam bulan Rejab.

5. Tunaikan umrah ambil amalan para salafussoleh. Mereka pergi menunaikan umrah di bulan Rejab, pulang pada bulan Syaaban, kembali pada bulan Ramadhan dan bersedia untuk ibadah haji.

6. Rajinkan baca Quran. Baru dapat momentum untuk khatam dalam bulan Ramadhan. Jangan tinggal surah Az Zumar, Surah Al Israk, As Sajadah dan Al Mulk setiap malam.

7. Bangun tahajud agar sudah terbiasa bila Ramadhan tiba.


Perkongsian AF Ustaz Zahazan 


0 ulasan:

Catat Ulasan