Kuliah tafsir Ustaz Zahazan
Rujukan: Surah Al Qasas ayat 52-55, Tahzib Tafsir Ibn Katsir, Jilid ke 7, muka surat 120.
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
الْحَمْدُ لِلّٰهِ, وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللّٰهِ
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT pada pagi ini, kita dapat berada satu majlis ilmu yang mudah-mudahan menambah iman kita kepada Allah SWT.
Pagi ni, ana nak cerita tentang bagaimana golongan kristian telah masuk islam pada zaman Nabi SAW? Pernah dengar tak kisah ni?
Kalau belum pernah dengar, sila jemput teman-teman kita yang lain. Mudah-mudahan adalah satu jariah yang boleh kita share pada teman-teman kita yang lain.
Bagaimana Nabi SAW telah pun mampu, dengan izin Allah, hidayah Allah, sehingga menyebabkan 70 orang Kristian masuk islam di tangan Baginda SAW. Dari tafsir ibnu kasir yang telah diMelayukan sepenuhnya. Baik, kita rujuk pada jilid yang ke-7, Tafsir Ibnu Katsir, Tahzib Tafsir Ibnu Katsir ini, muka surat 120. Yang ada miliki boleh buka pada jilid ke-7 muka surat 120, ayat 52, 53, 54, 55.
Surah Al-Qasas ayat 52-55
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ مِن قَبْلِهِ هُم بِهِ يُؤْمِنُونَ (52)
Terjemahan: 52. Orang-orang yang telah Kami berikan Al Kitab kepada mereka sebelum Al-Quran ini, mereka beriman kepadanya.
وَإِذَا يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ قَالُوا آمَنَّا بِهِ إِنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّنَا إِنَّا كُنَّا مِن قَبْلِهِ مُسْلِمِينَ (53)
Terjemahan: 53. Dan apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka berkata: "Kami beriman kepadanya, sesungguhnya ia adalah kebenaran dari Tuhan kami, sesungguhnya kami sebelum ini pun adalah orang-orang yang berserah diri (Islam)."
أُولَٰئِكَ يُؤْتَوْنَ أَجْرَهُم مَّرَّتَيْنِ بِمَا صَبَرُوا وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ (54)
Terjemahan: 54. Mereka itu akan diberikan pahala dua kali ganda disebabkan kesabaran mereka, dan mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan mereka mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.
وَإِذَا سَمِعُوا اللَّغْوَ أَعْرَضُوا عَنْهُ وَقَالُوا لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ لَا نَبْتَغِي الْجَاهِلِينَ (55)
Terjemahan: 55. Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya dan berkata: "Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu, selamat sejahteralah atas kamu, kami tidak ingin mendampingi orang-orang yang jahil."
Baik, kata para ulama tafsir ayat ni turun berikutan dengan kisah dakwah Nabi SAW kepada segolongan Kristian yang datang ke Madinah untuk mendengar penjelasan.
Mereka ni daripada kaum Kristian yang datang dari Najran. Najran ni satu daerah dekat Yaman.
Mereka ni adalah umat Kristian yang telah pun datang kepada Nabi SAW untuk mendengar bicara tentang kebenaran Islam.
Jadi, mereka ni datang daripada Raja Najasyi, yang Raja Najasyi utuskan mereka untuk mendengar, untuk berbincang, untuk berdialog dengan Nabi SAW tentang Islam dan juga Kristian.
Yang mana kerja ni, ma shaa Allah, berterusan dilakukan sampai sekaranglah oleh anak-anak murid Ahmad Deedat, Doktor Zakir Naik, sahabat-sahabat kita, pendakwah di Malaysia pun berdakwah, dakwah street pun ada dekat KL, Alhamdulillah. Kalau kita pergi ke UK, ke US, ke Europe, kita akan lihat umat Islam begitu bersungguh-sungguh mengajak orang mengenali Islam. Ini adalah kerja yang sangat mulia, tuan-tuan dimuliakan Allah sekalian. Jadi, kata para ulama tafsir seperti Sa'id Bin Jubair, ayat ni turun kepada 70 orang pendeta yang pernah diutuskan oleh Najasyi.
Mereka datang menghadap Nabi SAW dan Nabi SAW telah bacakan untuk mereka surah Yasin hingga selesai menyebabkan mereka menangis lalu mereka masuk Islam. Bila mendengar kebenaran mereka telah pun masuk Islam kerana orang yang hatinya bersih, yang tidak ambil kesempatan di atas kedudukannya, maka, mereka ni sangat mudah untuk dicurahkan hidayah itu dalam hati mereka lalu mereka masuk Islam.
Berbanding dengan orang yang ada kepentingan. Kalau orang ada kepentingan, dia duduk jadi portfolio tu, segala bentuk habuan dunia dia dapat, maka, sukarlah untuk dia berhijrah ni, kan?
Kerana bagi mereka yang yang memang kerjanya adalah berkhidmat untuk masyarakat, yang dia tidak ada kepentingan tu sebab dakwah Nabi SAW senang diterima oleh golongan orang miskin kerana orang miskin ni mereka tidak mempunyai kepentingan.
Tetapi berbanding dengan orang kaya, orang kaya ni dia ada macam-macam perkara yang tersangkut dalam kehidupannya. Tersangkut dengan kepentingan orang tu, tersangkut dengan kepentingan ni, maka, susahlah untuknya menyatakan kebenaran dan juga mengikutinya.
Tapi, bagi Raja Najasyi yang ikhlas nak tahu tentang kebenaran ni, diutuskan paderi-paderi dia yang top ini untuk datang jumpa Nabi SAW .
Nabi SAW bacakan ayat Al-Quran itu, maka menangislah mereka, mereka masuk Islam. Kerja sedemikian masih berterusan sampai sekarang. Macam kita baca cerita Doktor Yusuf Estes, baca tak Estes? Orang US yang masuk Islam ni kan. Joe Khaim dari mana, dari Belanda, ramai orang masuk Islam.
Saintis hari ni masuk Islam, ada dari Thailand. Saintis bahagian embrio sains kemanusiaan, bab orang perempuan punya kelahiran dan sebagainya, itu pun masuk Islam. Allahuakbar ma shaa Allah tabarakAllahu taala. Kerana golongan ni adalah orang mencari kebenaran, lalu mereka mudah untuk menerimanya.
Berbanding dengan mereka yang banyak kepentingan ni. Dia melihat macam kita bayangkan tadi, kepentingan-kepentingan tu akan menyekatnya. Nampak tak macam kisah Salman Al-Farisi R.anhu yang telah berhijrah dari bumi Majusi itu untuk mencari kebenaran sehingga dia masuk Kristian, dia tengok paderi tu mengumpul harta kekayaannya betul tak? Disanjung orang kedudukannya, dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya yang jahil itu.
Kebanyakan orang umat Nasara ni mereka bukan reti apa-apa pun, main ikut je. Bahkan, kalau tanya pada dia tentang perayaan Krismas yang disambut bahawa bukan waktu kelahiran Nabi Isa AS itu pun dia terkejut.Memang dia tak tahu benda ni semua. Kalau tanya kepada orang Buddhist sebagai contohnya, Hindu, cuba cerita pada lepas kematian ni apa berlaku? Macam mana nak menjamin seorang itu akan dapat hidup kebahagiaan dekat dunia satu lagi? Cuba ceritakan pada kami. Tidak ada penjelasan.
Cuba ceritakan manusia pertama macam mana boleh berbilang-bilang kaum dan bangsa pada hari ini? Mereka tidak ada penjelasan. Tidak ada disebut dalam kitab-kitab mereka. Kitab-kitab yang telah pun dipinda dan juga diselewengkan itu oleh kepentingan orang yang berkepentingan di kalangan agamawan mereka, ia tidak ada penjelasan terhadap perkara-perkara sedemikian yang merupakan satu fitrah dalam diri. Bahawa fitrah ni nak mencari kebenaran, nak mencari kuasa agung, mutlak yang telah pun tetapkan untuk kita pelbagai perkara ni dalam kehidupan.
Kalau orang tanya Islam ni banyak kekangan? Bukan kekangan dia merupakan satu control sistem. Nampak tak? Sebagai contohnya, kalau rumah kita sendiri pun ada ada tempat-tempat yang tertentu yang kita kena control diri kita. Boleh buka pintu rumah setiap waktu? Iya lah rumah kita, bukalah pintu rumah tiap-tiap malam, tiap-tiap hari. Tak boleh, ada waktu kena tutup, waktu malam umpamanya. Kan? Ye tahu ni rumah kita, kita punya sukalah. Buka sterika baju (iron), biar je iron tu on 24 jam. Eh, jangan main tuan-tuan, terbakar rumah nanti sebagai contohnya.
Maka, dalam kehidupan kita control sistem yang ada, segala bentuk kawalan habit itu, halangan-halangan yang tidak membenarkan kita melakukan perkara tertentu adalah untuk kebaikan kita sendiri sebenarnya. Saya pernah bentangkan kepada tuan-tuan kan, keindahan Islam daripada buku tuan guru kita, Datuk Dr Abdul Basit Abd Rahman, Abu Anas Madani, bagaimana larangan-larangan yang sifatnya terbatas dalam Islam ni. Kebanyakan perkara adalah halal.
Ada beberapa perkara sahaja diharamkan dan perkara haram itu ibaratnya macam tadilah. Kita bawa kereta rumah kereta kita, tapi boleh tak kita memandu waktu kita mabuk contohnya. Mengantuk bukan mabuk tuan-tuan eh, mabuk ni bukan orang Islamlah, kan? Mengantuk sebagai contohnya. Boleh tak bawa kereta dalam keadaan mengantuk ni tadi?
Boleh tak bawa kereta pecut je selaju-laju yang boleh padahal tayar kita botak? Eh, adalah larangan, ada halangan, ada perkara-perkara tertentu yang kena dipatuhi tau. Bahawa itulah pematuhan kita kepada larangan, kepada sistem yang ada, tujuannya tak lain tak bukan untuk menjaga kemaslahatan, kebaikan kita, begitu. Jangan di kalangan kita pun kadang-kadang tak boleh jawab soalan sedemikian diajukan oleh orang-orang Kafir ni kepada kita.
Dia kata Islam ni so banyak sangatlah larangan. Cuba engkau sebut pada aku apa yang Islam larang sebenarnya? Larangan tu semua tak baik untuk engkau tahu. Ada ke agama yang dianuti oleh manusia kat dunia menggalakkan sebagai contohnya perzinaan? Ada tak yang menggalakkan? Islam bukan sahaja melarang tapi kalau seorang itu telah pun terjebak mungkin pada ketika itu imannya lemah dan sebagainya, maka diberikan jalan keluar tanpa mendedahkan identiti dirinya kepada orang lain.
Ada pula agama Katolik ni kena cerita pula kepada paderi. Paderi tu pun seronok dengar cerita. Walaupun dalam perkara-perkara penting seorang ustaz mengajar anak murid perempuannya, ada batasan-batasan.
Bukan macam Kristian sebagai contohnya waktu Baptist tu seorang paderi bebas untuk memandikan jemaahnya, walaupun orang itu perempuan ke, isteri orang ke, sampai banyak kes yang telah pun disabitkan terlibat dengan perkara sedemikian dan saya rasa tak lama tak sampai pun 20 tahun yang lalu, bukan negara dekat dengan negara kita, negara Singapore kan, negara yang sangat maju ni, telah pun membawa satu kes besar yang melibatkan seorang paderi dalam penyelewengan wang masyarakat kan? Sampai berapa juta dimiliki itu.
Di Thailand sebagai contohnya, sami-sami yang ada itu yang telah pun menunjukkan sifat jauh daripada dunia, pakai pakaian pun macam warna daun-daun kering tapi akhirnya terbukti memiliki juta-juta wang yang mereka telah selewengkan.
Sangat menyedihkan juga, bila ada di kalangan umat Islam pun terlibat dengan perkara sedemikian tuan-tuan. Bahawa yang kita dapat lihat pada hari ini, sebenarnya, perkara-perkara kadang-kadang agama ni menjadi satu bahan untuk mengumpul harta dunia, perkara menganiaya orang orang dan sebagainya eh. Jadi, kebenaran telah pun terserlah bila Nabi SAW bacakan surah Yasin itu kepada mereka dan mereka beriman dengannya. Allahuakbar.
AF Ustaz menjawab persoalan online. Ini perkara yang berkaitan dengan institusi kewangan dan juga zakat kan. Ye, kita boleh lihatlah boleh check apa benda perkara berkaitan dengan yang berlaku sekarang ni. Saya tidak memiliki kepakaranlah untuk mengulas perkara-perkara sedemikian eh tuan-tuan. Saya minta maaf. Jadi, berkaitan dengan golongan Kristian ini yang telah pun masuk Islam bila mereka mendengar kebenaran kerana mereka tidak memiliki apa-apa kepentingan. Golongan ni menjadikan agama sebagai kepentingan yang diburu, maka, mereka tidak mahu mendengar kebaikan-kebaikan yang yang dijelaskan oleh pihak yang lain eh.
Jadi, ini akan memburukkan lagi keadaan, bila seperti kita gambarkan orang Islam terlibat dalam perkara yang sama.Allahuakbar La ila hailaLlah, ma shaa Allah, tabarakAllahu taala.Kita bimbang agama tu menjadi satu wasilah, satu kenderaan, macam orang kata istilah penunggang agamalah pada hari ni eh. Kita bimbang perkara sedemikian berlaku kepada umat Islam.
Baik, kita kembali pada kisah yang berkaitan dengan dakwah Nabi SAW kepada golongan Kristian seramai 70 orang dari perutusan Raja Najasyi ni dan mereka kesemuanya telah masuk Islam. Menunjukkan kepada kita bahawa kerja dakwah ni kena dilakukan.
Kami ada satu trip tau, trip kami pergi ke Bangkok pada bulan 11 nanti, kiranya, untuk belajar berdakwah kerana guru kita yang ada dekat Bangkok ni adalah seorang Islam yang telah pun punya pengalaman mengIslamkan ribuan manusia kat sana. Di kalangan yang masuk Islam itu sami-sami, orang kenamaan, polis, tentera, doktor dan ada juga dakwah dilakukan di gereja.
Dia target satu gereja jumpa dengan paderinya, Islamkan gereja itu, paderi itu, kemudian mengajak paderi itu jumpa dengan pengikut-pengikut setia, mengislamkan orang satu gereja pada hari Ahad itu.
Sahabat saya ni, guru saya ni, punya pengalaman luas dalam dakwah. Jadi, seandainya tuan-tuan dimuliakan Allah sekalian punya peluang nak ikut kami dalam trip belajar berdakwah ni, dialu-alukan ni. Pada bulan 11, sekejap je, 4 hari 3 malam je tuan-tuan. Jom join eh, In shaa Allah kita ada modul yang kita bentangkan kat sana dan kita terus buat field studies. Dakwah street terus.
Alhamdulillah, pada trip yang lalu, bulan 1 hari tu, kita pergi dapat Islamkan 60 orang. Alhamdulillah, dekat utara Thai, ekat tempat nama Chiang Mai. In shaa Allah, pada kali ni kita nak pergi ke Bangkok pula, tempat yang lebih mencabar. Nak cari golongan yang berpotensi untuk kita Islamkan. Jadi, saya galakkanlah kalau tuan-tuan ada peluang untuk ikut trip kami, Ahlan wa sahlan. Pada bulan 11 yang akan datang.
Kita pergi ni 2-3 kali setahun. Terakhir sebelum hujung tahun ni kita akan pergi bulan 11. Saya galakkan tuan-tuan pergi macam tu ada badan dakwah pergi, Belia 4B pun pergi, nak berdakwahlah di kalangan belia ni ada bukan Islam kan. Orang Sabah, Sarawak pun ada ikut, orang Singapore pun ikut.
Kita nak gunakan kalimah-kalimah mudah untuk mengajak orang kepada Islam, in shaa Allah, berguna sangat trip ni, tuan-tuan.
Kita cikgu-cikgu selama ni, kadang-kadang terhadlah pergerakan dakwah kita kan kat sekolah kan kalau kita profesional jabatan kerajaan, tak bolehlah nak cerita tentang Islam sangat kan. Kita tengah cerita dakwah Nabi SAW ni, Nabi SAW pun berdakwah.
Nabi SAW yang kita akan lihat yang berikutnya bagaimana Allah menurunkan;
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ
Terjemahan: "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya." (Surah Al-Qasas ayat 56)
Wahai Muhammad SAW, kau tidak akan mampu untuk berdakwah kepada orang yang kau kehendaki tapi Allah yang beri hidayah itu kepada siapa yang dikehendakiNya.
Yang mana berkaitan dengan peristiwa kematian Abu Thalib, walaupun Abu Thalib begitu tegar menyokong dakwah Nabi SAW tapi nampaknya dia mati di dalam kekufuran, tidak masuk Islam, kan? Yang dekat tak masuk Islam, yang jauh pula yang masuk Islam, begitulah kerja dakwah.
Keliling kita, kita belum mampu Islamkan tapi kita pergi ke Thai esok, Thailand, kita belajar berdakwah orang masuk Islam kat sana. Esok ada peluang kita pergi ke Europe, kita dakwah pula kat Europe kan. Kalau tuan-tuan pergi ke Sarawak, tuan-tuan lihat ada orang putih datang naik basikal, pakai coat pakai tie, pakai tie ramailah. Rupanya dia pergi dakwah ke kampung-kampung untuk mengKristiankan orang. Dekat Sabah, Sarawak biasa berlaku sedemikian kan?
Jadi, kita pun boleh berdakwah kat UK masa akan datang. Dakwah kat India ke, yang pandai cakap Tamil ke, yang pandai cakap Malayalam ke, boleh dakwah kat negara India itu. Kita pergi sambil kita melancong kita berdakwah, boleh kan? Bayangkan, kalau orang tu masuk Islam, tuan-tuan.
فَوَاللَّهِ لأَنْ يَهْدِيَ اللَّهُ بِكَ رَجُلاً وَاحِدًا خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ يَكُونَ لَكَ حُمْرُ النَّعَمِ
Kalaulah seorang tu masuk Islam, wahai saudara, maka, segala kebaikan yang dilakukan olehnya, engkau dapat bahagian tanpa mengurangkan sedikit pun hak dia. Bayangkan ya, macam guru kami kat Thailand telah mengIslamkan puluhan ribu manusia kat sana.Maknanya, kalau golongan ni pergi haji di sisi Allah, dia pergi haji berpuluh ribu kali padahal umur kita paling panjang pun mungkin 100 tahun. Haji pun setahun sekali sahaja.
Kalau kita menunaikan haji dari umur kita baligh, umur 15 tahun sampailah kita 90 tahun, umur 100 tahun, berapa haji kita dapat? 85 kali, kan?Tapi, kalau kita berusaha untuk mengIslamkan orang, orang tu pergi haji, orang tu buat baik, orang tu solat, orang tu zakat, orang tu puasa, semua pahala tu kita dapat tuan-tuan.

