Khamis, 9 Julai 2026

Z-Ride Assist (add-on) untuk pemilik motosikal 250 cc ke atas

 



Zurich Takaful Malaysia kini menawarkan Z-Ride Assist sebagai perlindungan tambahan (add-on) untuk pelanggan Z-Rider / Z-Rider Takaful yang memiliki motosikal 250cc ke atas dengan perlindungan Komprehensif sahaja. Produk ini direka untuk memberi perlindungan kepada penunggang dan pembonceng serta bantuan kecemasan ketika di jalan raya. 

Z-Ride Assist (Add-On)

💰 Sumbangan (Premium): RM99 setahun

Manfaat Perlindungan

RM40,000

  • Kematian Akibat Kemalangan (AD)

  • Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan (PD)

  • Melindungi Penunggang & Pembonceng

RM2,500

  • Perbelanjaan Perubatan akibat kemalangan

RM50 sehari

  • Elaun Hospital

  • Sehingga 30 hari kemasukan ke hospital

RM500

  • Bantuan Banjir

Tunda Tanpa Had (Unlimited Towing)

  • Bantuan tunda 24/7 apabila berlaku kerosakan atau kemalangan (tertakluk kepada terma dan syarat sijil). 

Kelayakan

  • ✔️ Z-Rider / Z-Rider Takaful

  • ✔️ Motosikal 250cc ke atas

  • ✔️ Perlindungan Komprehensif sahaja

Kelebihan Z-Ride Assist

  • Perlindungan kemalangan untuk penunggang dan pembonceng.

  • Membantu mengurangkan beban kos rawatan dan kemasukan ke hospital.

  • Memberi bantuan kewangan jika motosikal terjejas akibat banjir.

  • Unlimited Towing memberi ketenangan ketika perjalanan jauh atau di lebuh raya tanpa perlu risau kos tunda yang tinggi.

Add-on ini memang sesuai  kepada pemilik motosikal touring dan skuter premium seperti:

  • SYM Husky ADV 300

  • Honda ADV350

  • Yamaha XMAX 250

  • Honda Forza 250

  • Suzuki V-Strom 250

  • Kawasaki Versys-X 250

  • BMW C400 dan motosikal 250cc ke atas yang layak.

RM99 setahun untuk manfaat sehingga RM40,000, perlindungan perubatan, elaun hospital, bantuan banjir dan tunda tanpa had merupakan nilai tambah yang sangat baik bagi penunggang motosikal berkapasiti besar.

 Hantar Mesej untuk pertanyaan Takaful motor. Klik sini.

Sabtu, 4 Julai 2026

Kehidupan dunia hanya suatu persinggahan

 

Kehidupan di dunia ini hanya lah persinggahan, Akhirat Adalah Destinasi Kekal. 



Setiap manusia pernah bertanya dalam hati, mengapa kita dilahirkan? Apakah tujuan sebenar kehidupan ini? Adakah hidup sekadar belajar, bekerja, mengumpul harta, kemudian tua dan akhirnya meninggal dunia?


Islam memberikan jawapan yang sangat jelas. Allah SWT menciptakan manusia bukan tanpa tujuan, tetapi supaya manusia mengenal Penciptanya, beriman kepada-Nya serta mengabdikan diri kepada-Nya. Firman Allah SWT:


"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku."

(Surah Az-Zariyat, 51:56)


Kehidupan di dunia hanyalah sementara. Tidak kira seseorang itu kaya atau miskin, berkuasa atau biasa, akhirnya semua akan menemui saat kematian. Allah SWT berfirman:


"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati."

(Surah Ali 'Imran, 3:185)


Namun, kematian bukanlah penamat. Ia adalah permulaan kepada kehidupan yang kekal di alam akhirat. Di sana, setiap manusia akan dipertanggungjawabkan atas kepercayaan dan amal yang dilakukan semasa hidup di dunia.


Rasulullah SAW bersabda:


"Orang yang bijak ialah orang yang menghisab dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati."

(Riwayat At-Tirmizi, no. 2459 – hasan)


Sahabat yang dikasihi, jika kita membeli sebuah telefon atau mesin, pasti kita ingin mengenali pembuatnya dan membaca panduan penggunaannya agar dapat digunakan dengan betul. Begitu juga manusia. Bukankah lebih utama kita mengenali Tuhan Yang menciptakan kita? Dialah Allah SWT, Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad SAW. Semua nabi membawa satu seruan yang sama, iaitu menyembah Allah Yang Maha Esa tanpa mempersekutukan-Nya.


Inilah kerugian yang paling besar apabila seseorang menghabiskan seluruh hidupnya tanpa mengenal Allah SWT dan meninggal dunia dalam keadaan menolak keimanan kepada-Nya. Allah SWT berfirman:


"Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan mati dalam keadaan kafir, mereka itulah yang ditimpa laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia. Mereka kekal di dalamnya..."

(Surah Al-Baqarah, 2:161–162)


Pada ayat yang lain, Allah SWT berfirman:


"Sesungguhnya sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka Allah mengharamkan baginya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka."

(Surah Al-Ma'idah, 5:72)


Islam tidak mengajak manusia dengan paksaan, tetapi mengajak dengan ilmu, bukti dan kasih sayang. Allah SWT membuka pintu taubat seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja yang mencari kebenaran dan kembali kepada-Nya. Selagi nyawa belum sampai ke kerongkong, pintu keampunan masih terbuka.

Semoga kita semua diberi hidayah untuk mengenal Allah SWT, beriman kepada-Nya dengan sebenar-benar iman, mengikuti petunjuk para nabi, dan dipertemukan dengan kebahagiaan yang kekal di syurga. Sesungguhnya dunia hanyalah perjalanan yang singkat, sedangkan akhirat adalah kehidupan yang tidak akan berakhir.

Nota penting:

"Artikel ini bukan bertujuan menghukum sesiapa, tetapi sebagai peringatan bahawa setiap manusia akan kembali kepada Tuhan yang menciptakannya. Jika anda sedang mencari makna kehidupan atau ingin mengenali Islam dengan lebih mendalam, luangkanlah sedikit masa untuk membaca terjemahan al-Quran dengan hati yang terbuka dan bertanyalah kepada mereka yang berilmu. Semoga Allah SWT menunjukkan kita semua kepada jalan kebenaran."