Waktu mustajab doa sepanjang Ramadhan:
- Waktu hampir berbuka, ketika berbuka, lepas makan tu berdoa lagi. Berturutan. Minum doa, makan doa sampailah kita solat Maghrib tu, kerana waktu itu memang mustajab, doa kita kepada Allah. Panjang waktu tu, setengah jam sebelum azan dikumandangkan sampai kita solat maghrib tu.
- Selepas witir solat tarawih.
- Waktu bersahur, waktu tahajud. Kalau kita bangun awal, 4.30 pagi waktu nak sahur, solat sunat dulu. Para ibu, sebelum sediakan sahur tu sekeluarga tu, solatlah sunat dulu. 2 rakaat ke, doa pada Allah SWT, banyak hajat yang kita nak pohon pada Allah.
Boleh juga berdoa pada waktu syuruk. Doa selepas solat Subuh sehingga matahari terbit dan masuk waktu Syuruk dia tunaikan solat Syuruk.
Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna, sempurna, sempurna.” (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi dan , ath-Thabrani r.a.)
Ambil peluang ni supaya Ramadhan ni kita mengurangkan hubungan dengan manusia dan memperbaiki hubungan kita dengan Allah.
Dalam kesibukkan kita jangan lupa berdoa untuk ibu bapa, adik beradik, anak-anak kerana sifat orang beriman ialah mendoakan orang yang di bawah dan di atas. Di atas, ibu bapa, di bawah, anak-anak.
Perkongsian AF Ustaz Zahazan


0 ulasan:
Catat Ulasan