Selasa, 18 Ogos 2026

Mendengar Bicara Allah

 


Mendengar Bicara Allah

Sifat al-Kalam atau berkata-kata adalah salah satu sifat Allah sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Quran dan hadis. Cuma cara Allah berkata-kata langsung tidak menyerupai makhluk.


Allah berkata-kata dengan manusia melalui salah satu daripada cara berikut:


1. Wahyu.


2. Berkata-kata dari balik tabir. Hanya dua orang Nabi yang pernah mendengar Allah berkata-kata ialah Nabi Musa dan Nabi Muhammad s.a.w.


3. Melalui perantaraan malaikat.


Namun selain Nabi Musa dan Nabi Muhammad, manusia tidak dapat mendengar kata-kata Allah secara langsung melainkan dengan satu cara sahaja iaitu melalui wahyu. Segala titah perintah Allah disampaikan melalui al-Quran.


Allah berfirman, maksudnya:


«“Dan tidak layak bagi seseorang manusia untuk Allah berbicara dengannya kecuali dengan perantaraan wahyu atau dari belakang tabir atau dengan mengutus utusan (malaikat), lalu diwahyukan kepadanya dengan izin Allah apa-apa yang dikehendaki-Nya.”

(Surah al-Syura 42:51)»


Justeru, bukankah itu menunjukkan betapa pentingnya al-Quran? Jadi, al-Quran sepatutnya menjadi makanan harian bagi hati kerana ia memang Kalam Ilahi.


Bila lagi kita dapat mendengar Allah berkata-kata kalau bukan dengan cara kita membaca al-Quran? ❤️

Kredit kepada Majalah Solusi.

 

Buku Kucing 

Khamis, 9 Julai 2026

Z-Ride Assist (add-on) untuk pemilik motosikal 250 cc ke atas

 



Zurich Takaful Malaysia kini menawarkan Z-Ride Assist sebagai perlindungan tambahan (add-on) untuk pelanggan Z-Rider / Z-Rider Takaful yang memiliki motosikal 250cc ke atas dengan perlindungan Komprehensif sahaja. Produk ini direka untuk memberi perlindungan kepada penunggang dan pembonceng serta bantuan kecemasan ketika di jalan raya. 

Z-Ride Assist (Add-On)

💰 Sumbangan (Premium): RM99 setahun

Manfaat Perlindungan

RM40,000

  • Kematian Akibat Kemalangan (AD)

  • Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan (PD)

  • Melindungi Penunggang & Pembonceng

RM2,500

  • Perbelanjaan Perubatan akibat kemalangan

RM50 sehari

  • Elaun Hospital

  • Sehingga 30 hari kemasukan ke hospital

RM500

  • Bantuan Banjir

Tunda Tanpa Had (Unlimited Towing)

  • Bantuan tunda 24/7 apabila berlaku kerosakan atau kemalangan (tertakluk kepada terma dan syarat sijil). 

Kelayakan

  • ✔️ Z-Rider / Z-Rider Takaful

  • ✔️ Motosikal 250cc ke atas

  • ✔️ Perlindungan Komprehensif sahaja

Kelebihan Z-Ride Assist

  • Perlindungan kemalangan untuk penunggang dan pembonceng.

  • Membantu mengurangkan beban kos rawatan dan kemasukan ke hospital.

  • Memberi bantuan kewangan jika motosikal terjejas akibat banjir.

  • Unlimited Towing memberi ketenangan ketika perjalanan jauh atau di lebuh raya tanpa perlu risau kos tunda yang tinggi.

Add-on ini memang sesuai  kepada pemilik motosikal touring dan skuter premium seperti:

  • SYM Husky ADV 300

  • Honda ADV350

  • Yamaha XMAX 250

  • Honda Forza 250

  • Suzuki V-Strom 250

  • Kawasaki Versys-X 250

  • BMW C400 dan motosikal 250cc ke atas yang layak.

RM99 setahun untuk manfaat sehingga RM40,000, perlindungan perubatan, elaun hospital, bantuan banjir dan tunda tanpa had merupakan nilai tambah yang sangat baik bagi penunggang motosikal berkapasiti besar.

 Hantar Mesej untuk pertanyaan Takaful motor. Klik sini.

Sabtu, 4 Julai 2026

Kehidupan dunia hanya suatu persinggahan

 

Kehidupan di dunia ini hanya lah persinggahan, Akhirat Adalah Destinasi Kekal. 



Setiap manusia pernah bertanya dalam hati, mengapa kita dilahirkan? Apakah tujuan sebenar kehidupan ini? Adakah hidup sekadar belajar, bekerja, mengumpul harta, kemudian tua dan akhirnya meninggal dunia?


Islam memberikan jawapan yang sangat jelas. Allah SWT menciptakan manusia bukan tanpa tujuan, tetapi supaya manusia mengenal Penciptanya, beriman kepada-Nya serta mengabdikan diri kepada-Nya. Firman Allah SWT:


"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku."

(Surah Az-Zariyat, 51:56)


Kehidupan di dunia hanyalah sementara. Tidak kira seseorang itu kaya atau miskin, berkuasa atau biasa, akhirnya semua akan menemui saat kematian. Allah SWT berfirman:


"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati."

(Surah Ali 'Imran, 3:185)


Namun, kematian bukanlah penamat. Ia adalah permulaan kepada kehidupan yang kekal di alam akhirat. Di sana, setiap manusia akan dipertanggungjawabkan atas kepercayaan dan amal yang dilakukan semasa hidup di dunia.


Rasulullah SAW bersabda:


"Orang yang bijak ialah orang yang menghisab dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati."

(Riwayat At-Tirmizi, no. 2459 – hasan)


Sahabat yang dikasihi, jika kita membeli sebuah telefon atau mesin, pasti kita ingin mengenali pembuatnya dan membaca panduan penggunaannya agar dapat digunakan dengan betul. Begitu juga manusia. Bukankah lebih utama kita mengenali Tuhan Yang menciptakan kita? Dialah Allah SWT, Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad SAW. Semua nabi membawa satu seruan yang sama, iaitu menyembah Allah Yang Maha Esa tanpa mempersekutukan-Nya.


Inilah kerugian yang paling besar apabila seseorang menghabiskan seluruh hidupnya tanpa mengenal Allah SWT dan meninggal dunia dalam keadaan menolak keimanan kepada-Nya. Allah SWT berfirman:


"Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan mati dalam keadaan kafir, mereka itulah yang ditimpa laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia. Mereka kekal di dalamnya..."

(Surah Al-Baqarah, 2:161–162)


Pada ayat yang lain, Allah SWT berfirman:


"Sesungguhnya sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka Allah mengharamkan baginya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka."

(Surah Al-Ma'idah, 5:72)


Islam tidak mengajak manusia dengan paksaan, tetapi mengajak dengan ilmu, bukti dan kasih sayang. Allah SWT membuka pintu taubat seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja yang mencari kebenaran dan kembali kepada-Nya. Selagi nyawa belum sampai ke kerongkong, pintu keampunan masih terbuka.

Semoga kita semua diberi hidayah untuk mengenal Allah SWT, beriman kepada-Nya dengan sebenar-benar iman, mengikuti petunjuk para nabi, dan dipertemukan dengan kebahagiaan yang kekal di syurga. Sesungguhnya dunia hanyalah perjalanan yang singkat, sedangkan akhirat adalah kehidupan yang tidak akan berakhir.

Nota penting:

"Artikel ini bukan bertujuan menghukum sesiapa, tetapi sebagai peringatan bahawa setiap manusia akan kembali kepada Tuhan yang menciptakannya. Jika anda sedang mencari makna kehidupan atau ingin mengenali Islam dengan lebih mendalam, luangkanlah sedikit masa untuk membaca terjemahan al-Quran dengan hati yang terbuka dan bertanyalah kepada mereka yang berilmu. Semoga Allah SWT menunjukkan kita semua kepada jalan kebenaran."

Selasa, 16 Jun 2026

Kuliah Tafsir: Cerita Dakwah Nabi SAW Pada Kaum Kristian

 


Kuliah tafsir Ustaz Zahazan 

Rujukan: Surah Al Qasas ayat 52-55, Tahzib Tafsir Ibn Katsir, Jilid ke 7, muka surat 120.

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

الْحَمْدُ لِلّٰهِ, وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللّٰهِ

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT pada pagi ini, kita dapat berada satu majlis ilmu yang mudah-mudahan menambah iman kita kepada Allah SWT.  

Pagi ni, ana nak cerita tentang bagaimana golongan kristian telah masuk islam pada zaman Nabi SAW? Pernah dengar tak kisah ni?

Kalau belum pernah dengar, sila jemput teman-teman kita yang lain. Mudah-mudahan adalah satu jariah yang boleh kita share pada teman-teman kita yang lain.

Bagaimana Nabi SAW telah pun mampu, dengan izin Allah, hidayah Allah, sehingga menyebabkan 70 orang Kristian masuk islam di tangan Baginda SAW. Dari tafsir ibnu kasir yang telah diMelayukan sepenuhnya. Baik, kita rujuk pada jilid yang ke-7, Tafsir Ibnu Katsir, Tahzib Tafsir Ibnu Katsir ini, muka surat 120. Yang ada miliki boleh buka pada jilid ke-7 muka surat 120, ayat 52, 53, 54, 55. 

Surah Al-Qasas ayat 52-55

 

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ مِن قَبْلِهِ هُم بِهِ يُؤْمِنُونَ (52)

Terjemahan: 52. Orang-orang yang telah Kami berikan Al Kitab kepada mereka sebelum Al-Quran ini, mereka beriman kepadanya.

 

وَإِذَا يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ قَالُوا آمَنَّا بِهِ إِنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّنَا إِنَّا كُنَّا مِن قَبْلِهِ مُسْلِمِينَ (53)

 

Terjemahan: 53. Dan apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka berkata: "Kami beriman kepadanya, sesungguhnya ia adalah kebenaran dari Tuhan kami, sesungguhnya kami sebelum ini pun adalah orang-orang yang berserah diri (Islam)."

 

أُولَٰئِكَ يُؤْتَوْنَ أَجْرَهُم مَّرَّتَيْنِ بِمَا صَبَرُوا وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ (54)

Terjemahan: 54. Mereka itu akan diberikan pahala dua kali ganda disebabkan kesabaran mereka, dan mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan mereka mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.

 

وَإِذَا سَمِعُوا اللَّغْوَ أَعْرَضُوا عَنْهُ وَقَالُوا لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ لَا نَبْتَغِي الْجَاهِلِينَ (55)

Terjemahan: 55. Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya dan berkata: "Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu, selamat sejahteralah atas kamu, kami tidak ingin mendampingi orang-orang yang jahil."

 

Baik, kata para ulama tafsir ayat ni turun berikutan dengan kisah dakwah Nabi SAW kepada segolongan Kristian yang datang ke Madinah untuk mendengar penjelasan.

Mereka ni daripada kaum Kristian yang datang dari Najran. Najran ni satu daerah dekat Yaman.

Mereka ni adalah umat Kristian yang telah pun datang kepada Nabi SAW untuk mendengar bicara tentang kebenaran Islam.

Jadi, mereka ni datang daripada Raja Najasyi, yang Raja Najasyi utuskan mereka untuk mendengar, untuk berbincang, untuk berdialog dengan Nabi SAW tentang Islam dan juga Kristian.

Yang mana kerja ni, ma shaa Allah, berterusan dilakukan sampai sekaranglah oleh anak-anak murid Ahmad Deedat, Doktor Zakir Naik, sahabat-sahabat kita, pendakwah di Malaysia pun berdakwah, dakwah street pun ada dekat KL, Alhamdulillah. Kalau kita pergi ke UK, ke US, ke Europe, kita akan lihat umat Islam begitu bersungguh-sungguh mengajak orang mengenali Islam. Ini adalah kerja yang sangat mulia, tuan-tuan dimuliakan Allah sekalian. Jadi, kata para ulama tafsir seperti Sa'id Bin Jubair, ayat ni turun kepada 70 orang pendeta yang pernah diutuskan oleh Najasyi.

Mereka datang menghadap Nabi SAW dan Nabi SAW telah bacakan untuk mereka surah Yasin hingga selesai menyebabkan mereka menangis lalu mereka masuk Islam. Bila mendengar kebenaran mereka telah pun masuk Islam kerana orang yang hatinya bersih, yang tidak ambil kesempatan di atas kedudukannya, maka, mereka ni sangat mudah untuk dicurahkan hidayah itu dalam hati mereka lalu mereka masuk Islam.

Berbanding dengan orang yang ada kepentingan. Kalau orang ada kepentingan, dia duduk jadi portfolio tu, segala bentuk habuan dunia dia dapat, maka, sukarlah untuk dia berhijrah ni, kan?

Kerana bagi mereka yang yang memang kerjanya adalah berkhidmat untuk masyarakat, yang dia tidak ada kepentingan tu sebab dakwah Nabi SAW senang diterima oleh golongan orang miskin kerana orang miskin ni mereka tidak mempunyai kepentingan.

Tetapi berbanding dengan orang kaya, orang kaya ni dia ada macam-macam perkara yang tersangkut dalam kehidupannya. Tersangkut dengan kepentingan orang tu, tersangkut dengan kepentingan ni, maka, susahlah untuknya menyatakan kebenaran dan juga mengikutinya.

Tapi, bagi Raja Najasyi yang ikhlas nak tahu tentang kebenaran ni, diutuskan paderi-paderi dia yang top ini untuk datang jumpa Nabi SAW .

Nabi SAW bacakan ayat Al-Quran itu, maka menangislah mereka, mereka masuk Islam.  Kerja sedemikian masih berterusan sampai sekarang. Macam kita baca cerita Doktor Yusuf Estes, baca tak Estes? Orang US yang masuk Islam ni kan. Joe Khaim dari mana, dari Belanda, ramai orang masuk Islam.

Saintis hari ni masuk Islam, ada dari Thailand. Saintis bahagian embrio sains kemanusiaan, bab orang perempuan punya kelahiran dan sebagainya, itu pun masuk Islam. Allahuakbar ma shaa Allah tabarakAllahu taala. Kerana golongan ni adalah orang mencari kebenaran, lalu mereka mudah untuk menerimanya.

Berbanding dengan mereka yang banyak kepentingan ni. Dia melihat macam kita bayangkan tadi, kepentingan-kepentingan tu akan menyekatnya. Nampak tak macam kisah Salman Al-Farisi R.anhu yang telah berhijrah dari bumi Majusi itu untuk mencari kebenaran sehingga dia masuk Kristian, dia tengok paderi tu mengumpul harta kekayaannya betul tak? Disanjung orang kedudukannya, dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya yang jahil itu.

Kebanyakan orang umat Nasara ni mereka bukan reti apa-apa pun, main ikut je. Bahkan, kalau tanya pada dia tentang perayaan Krismas yang disambut bahawa bukan waktu kelahiran Nabi Isa AS itu pun dia terkejut.Memang dia tak tahu benda ni semua. Kalau tanya kepada orang Buddhist sebagai contohnya, Hindu, cuba cerita pada lepas kematian ni apa berlaku? Macam mana nak menjamin seorang itu akan dapat hidup kebahagiaan dekat dunia satu lagi? Cuba ceritakan pada kami. Tidak ada penjelasan.

Cuba ceritakan manusia pertama macam mana boleh berbilang-bilang kaum dan bangsa pada hari ini? Mereka tidak ada penjelasan. Tidak ada disebut dalam kitab-kitab mereka. Kitab-kitab yang telah pun dipinda dan juga diselewengkan itu oleh kepentingan orang yang berkepentingan di kalangan agamawan mereka, ia tidak ada penjelasan terhadap perkara-perkara sedemikian yang merupakan satu fitrah dalam diri. Bahawa fitrah ni nak mencari kebenaran, nak mencari kuasa agung, mutlak yang telah pun tetapkan untuk kita pelbagai perkara ni dalam kehidupan.

Kalau orang tanya Islam ni banyak kekangan? Bukan kekangan dia merupakan satu control sistem. Nampak tak? Sebagai contohnya, kalau rumah kita sendiri pun ada ada tempat-tempat yang tertentu yang kita kena control diri kita. Boleh buka pintu rumah setiap waktu? Iya lah rumah kita, bukalah pintu rumah tiap-tiap malam, tiap-tiap hari. Tak boleh, ada waktu kena tutup, waktu malam umpamanya. Kan? Ye tahu ni rumah kita, kita punya sukalah. Buka sterika baju (iron), biar je iron tu on 24 jam. Eh, jangan main tuan-tuan, terbakar rumah nanti sebagai contohnya.

Maka, dalam kehidupan kita control sistem yang ada, segala bentuk kawalan habit itu, halangan-halangan yang tidak membenarkan kita melakukan perkara tertentu adalah untuk kebaikan kita sendiri sebenarnya. Saya pernah bentangkan kepada tuan-tuan kan, keindahan Islam daripada buku tuan guru kita, Datuk Dr Abdul Basit Abd Rahman, Abu Anas Madani, bagaimana larangan-larangan yang sifatnya terbatas dalam Islam ni. Kebanyakan perkara adalah halal.

Ada beberapa perkara sahaja diharamkan dan perkara haram itu ibaratnya macam tadilah. Kita bawa kereta rumah kereta kita, tapi boleh tak kita memandu waktu kita mabuk contohnya. Mengantuk bukan mabuk tuan-tuan eh, mabuk ni bukan orang Islamlah, kan? Mengantuk sebagai contohnya. Boleh tak bawa kereta dalam keadaan mengantuk ni tadi?

Boleh tak bawa kereta pecut je selaju-laju yang boleh padahal tayar kita botak?  Eh, adalah larangan, ada halangan, ada perkara-perkara tertentu yang kena dipatuhi tau. Bahawa itulah pematuhan kita kepada larangan, kepada sistem yang ada, tujuannya tak lain tak bukan untuk menjaga kemaslahatan, kebaikan kita, begitu. Jangan di kalangan kita pun kadang-kadang tak boleh jawab soalan sedemikian diajukan oleh orang-orang Kafir ni kepada kita.

Dia kata Islam ni so banyak sangatlah larangan. Cuba engkau sebut pada aku apa yang Islam larang sebenarnya? Larangan tu semua tak baik untuk engkau tahu. Ada ke agama yang dianuti oleh manusia kat dunia menggalakkan sebagai contohnya perzinaan? Ada tak yang menggalakkan?  Islam bukan sahaja melarang tapi kalau seorang itu telah pun terjebak mungkin pada ketika itu imannya lemah dan sebagainya, maka diberikan jalan keluar tanpa mendedahkan identiti dirinya kepada orang lain.

Ada pula agama Katolik ni kena cerita pula kepada paderi. Paderi tu pun seronok dengar cerita. Walaupun dalam perkara-perkara penting seorang ustaz mengajar anak murid perempuannya, ada batasan-batasan.

Bukan macam Kristian sebagai contohnya waktu Baptist tu seorang paderi bebas untuk memandikan jemaahnya, walaupun orang itu perempuan ke, isteri orang ke, sampai banyak kes yang telah pun disabitkan terlibat dengan perkara sedemikian dan saya rasa tak lama tak sampai pun 20 tahun yang lalu, bukan negara dekat dengan negara kita, negara Singapore kan, negara yang sangat maju ni, telah pun membawa satu kes besar yang melibatkan seorang paderi dalam penyelewengan wang masyarakat kan? Sampai berapa juta dimiliki itu.

Di Thailand sebagai contohnya, sami-sami yang ada itu yang telah pun menunjukkan sifat jauh daripada dunia, pakai pakaian pun macam warna daun-daun kering tapi akhirnya terbukti memiliki juta-juta wang yang mereka telah selewengkan.

Sangat menyedihkan juga, bila ada di kalangan umat Islam pun terlibat dengan perkara sedemikian tuan-tuan. Bahawa yang kita dapat lihat pada hari ini, sebenarnya, perkara-perkara kadang-kadang agama ni menjadi satu bahan untuk mengumpul harta dunia, perkara menganiaya orang orang dan sebagainya eh. Jadi, kebenaran telah pun terserlah bila Nabi SAW bacakan surah Yasin itu kepada mereka dan mereka beriman dengannya. Allahuakbar.

AF Ustaz menjawab persoalan online. Ini perkara yang berkaitan dengan institusi kewangan dan juga zakat kan. Ye, kita boleh lihatlah boleh check apa benda perkara berkaitan dengan yang berlaku sekarang ni. Saya tidak memiliki kepakaranlah untuk mengulas perkara-perkara sedemikian eh tuan-tuan. Saya minta maaf.  Jadi, berkaitan dengan golongan Kristian ini yang telah pun masuk Islam bila mereka mendengar kebenaran kerana mereka tidak memiliki apa-apa kepentingan. Golongan ni menjadikan agama sebagai kepentingan yang diburu, maka, mereka tidak mahu mendengar kebaikan-kebaikan yang yang dijelaskan oleh pihak yang lain eh.

Jadi, ini akan memburukkan lagi keadaan, bila seperti kita gambarkan orang Islam terlibat dalam perkara yang sama.Allahuakbar La ila hailaLlah, ma shaa Allah, tabarakAllahu taala.Kita bimbang agama tu menjadi satu wasilah, satu kenderaan, macam orang kata istilah penunggang agamalah pada hari ni eh. Kita bimbang perkara sedemikian berlaku kepada umat Islam. 

Baik, kita kembali pada kisah yang berkaitan dengan dakwah Nabi SAW kepada golongan Kristian seramai 70 orang dari perutusan Raja Najasyi ni dan mereka kesemuanya telah masuk Islam. Menunjukkan kepada kita bahawa kerja dakwah ni kena dilakukan.

Kami ada satu trip tau, trip kami pergi ke Bangkok pada bulan 11 nanti, kiranya, untuk belajar berdakwah kerana guru kita yang ada dekat Bangkok ni adalah seorang Islam yang telah pun punya pengalaman mengIslamkan ribuan manusia kat sana. Di kalangan yang masuk Islam itu sami-sami, orang kenamaan, polis, tentera, doktor dan ada juga dakwah dilakukan di gereja.

Dia target satu gereja jumpa dengan paderinya, Islamkan gereja itu, paderi itu, kemudian mengajak paderi itu jumpa dengan pengikut-pengikut setia, mengislamkan orang satu gereja pada hari Ahad itu. 

Sahabat saya ni, guru saya ni, punya pengalaman luas dalam dakwah. Jadi, seandainya tuan-tuan dimuliakan Allah sekalian punya peluang nak ikut kami dalam trip belajar berdakwah ni, dialu-alukan ni. Pada bulan 11, sekejap je, 4 hari 3 malam je tuan-tuan. Jom join eh, In shaa Allah kita ada modul yang kita bentangkan kat sana dan kita terus buat field studies. Dakwah street terus.

Alhamdulillah, pada trip yang lalu, bulan 1 hari tu, kita pergi dapat Islamkan 60 orang. Alhamdulillah, dekat utara Thai, ekat tempat nama Chiang Mai.  In shaa Allah, pada kali ni kita nak pergi ke Bangkok pula, tempat yang lebih mencabar. Nak cari golongan yang berpotensi untuk kita Islamkan. Jadi, saya galakkanlah kalau tuan-tuan ada peluang untuk ikut trip kami, Ahlan wa sahlan. Pada bulan 11 yang akan datang.

Kita pergi ni 2-3 kali setahun. Terakhir sebelum hujung tahun ni kita akan pergi bulan 11. Saya galakkan tuan-tuan pergi macam tu ada badan dakwah pergi, Belia 4B pun pergi, nak berdakwahlah di kalangan belia ni ada bukan Islam kan. Orang Sabah, Sarawak pun ada ikut, orang Singapore pun ikut.

Kita nak gunakan kalimah-kalimah mudah untuk mengajak orang kepada Islam, in shaa Allah, berguna sangat trip ni, tuan-tuan.

Kita cikgu-cikgu selama ni, kadang-kadang terhadlah pergerakan dakwah kita kan kat sekolah kan kalau kita profesional jabatan kerajaan, tak bolehlah nak cerita tentang Islam sangat kan. Kita tengah cerita dakwah Nabi SAW ni, Nabi SAW pun berdakwah.

Nabi SAW yang kita akan lihat yang berikutnya bagaimana Allah menurunkan;

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ

Terjemahan: "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya." (Surah Al-Qasas ayat 56)

Wahai Muhammad SAW, kau tidak akan mampu untuk berdakwah kepada orang yang kau kehendaki tapi Allah yang beri hidayah itu kepada siapa yang dikehendakiNya.

Yang mana berkaitan dengan peristiwa kematian Abu Thalib, walaupun Abu Thalib begitu tegar menyokong dakwah Nabi SAW tapi nampaknya dia mati di dalam kekufuran, tidak masuk Islam, kan? Yang dekat tak masuk Islam, yang jauh pula yang masuk Islam, begitulah kerja dakwah.

Keliling kita, kita belum mampu Islamkan tapi kita pergi ke Thai esok, Thailand, kita belajar berdakwah orang masuk Islam kat sana. Esok ada peluang kita pergi ke Europe, kita dakwah pula kat Europe kan. Kalau tuan-tuan pergi ke Sarawak, tuan-tuan lihat ada orang putih datang naik basikal, pakai coat pakai tie, pakai tie ramailah. Rupanya dia pergi dakwah ke kampung-kampung untuk mengKristiankan orang. Dekat Sabah, Sarawak biasa berlaku sedemikian kan?

Jadi, kita pun boleh berdakwah kat UK masa akan datang. Dakwah kat India ke, yang pandai cakap Tamil ke, yang pandai cakap Malayalam ke, boleh dakwah kat negara India itu. Kita pergi sambil kita melancong kita berdakwah, boleh kan? Bayangkan, kalau orang tu masuk Islam, tuan-tuan.

فَوَاللَّهِ لأَنْ يَهْدِيَ اللَّهُ بِكَ رَجُلاً وَاحِدًا خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ يَكُونَ لَكَ حُمْرُ النَّعَمِ

Kalaulah seorang tu masuk Islam, wahai saudara, maka, segala kebaikan yang dilakukan olehnya, engkau dapat bahagian tanpa mengurangkan sedikit pun hak dia. Bayangkan ya, macam guru kami kat Thailand telah mengIslamkan puluhan ribu manusia kat sana.Maknanya, kalau golongan ni pergi haji di sisi Allah, dia pergi haji berpuluh ribu kali padahal umur kita paling panjang pun mungkin 100 tahun. Haji pun setahun sekali sahaja.

Kalau kita menunaikan haji dari umur kita baligh, umur 15 tahun sampailah kita 90 tahun, umur 100 tahun, berapa haji kita dapat? 85 kali, kan?Tapi, kalau kita berusaha untuk mengIslamkan orang, orang tu pergi haji, orang tu buat baik, orang tu solat, orang tu zakat, orang tu puasa, semua pahala tu kita dapat tuan-tuan.





Jumaat, 8 Mei 2026

Doa perlindungan sekiranya perlu keluar rumah dalam keadaan wabak penyakit

 


Doa perlindungan sekiranya perlu keluar rumah dalam keadaan wabak/doa elak wabak dan penyakit:


 بِسْمِ اللهِ ثِقَةً بِاللَّهِ وَتَوَكُّلًا عَلَيْهِ


Dengan menyebut nama Allah, percaya kepada Allah dan tawakkal kepada-Nya." Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi


Doa elak kesulitan bertimpa-timpa dalam hidup.

 

اللهمَّ إنِّي أعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلَاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَسُوءِ الْقَضَاءِ، وَشَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ

Ertinya: Ya Allah aku mohon perlindungan dari beratnya bala, dan berturutannya kesukaran dalam hidup, takdir yang buruk dan dari musuh-musuh yang berpesta/bergembira melihat kejatuhan kita.

 

Dan juga doa ini, untuk mengelakkan musibah:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ

Ertinya: “Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”(Hadith Riwayat Abu Daud)

Minta pada Allah dari ditimpa penyakit-penyakit bahaya.



Perkongsian AF Ustaz Zahazan

Isnin, 27 April 2026

Terjemahan Al-Quran Surah Al-Mutaffifin ayat 1-17

 


Surah Al-Mutaffifin 1-17 

 

Terjemahan dalam Bahasa Malaysia

( 1 )   Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),
( 2 )   Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,
( 3 )   Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.
( 4 )   Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)?
( 5 )   Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya),
( 6 )   Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam?
( 7 )   Tidak sepatutnya (mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)! Sesungguhnya "kitab suratan amal" orang-    orang yang berdosa itu (didaftarkan) dalam "Sijjiin".
( 8 )   Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia "Sijjiin" itu,
( 9 )   Ialah (tempat simpanan) kitab catitan yang jelas nyata, (yang menghimpunkan amalan orang-orang yang berdosa).
( 10 )   Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan -
( 11 )   Iaitu mereka yang mendustakan hari pembalasan.
( 12 )   Dan tiada yang mendustakannya melainkan tiap-tiap orang yang melampaui batas (kebenaran), lagi amat derhaka!
( 13 )   (Sehingga) apabila ia dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata:" Ini ialah dongeng orang-orang dahulu kala!"
( 14 )   Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab             (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.
( 15 )   Jangan lagi mereka berlaku demikian! (kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dari (rahmat) Tuhannya.
( 16 )   Kemudian, sesungguhnya mereka akan menderita bakaran neraka.
( 17 )   Akhirnya dikatakan (kepada mereka): "Inilah dia (azab seksa) yang kamu dustakan dahulu."

 

Terjemahan dalam English

( 1 )   Woe to those who give less [than due],
( 2 )   Who, when they take a measure from people, take in full.
( 3 )   But if they give by measure or by weight to them, they cause loss.
( 4 )   Do they not think that they will be resurrected
( 5 )   For a tremendous Day -
( 6 )   The Day when mankind will stand before the Lord of the worlds?
( 7 )   No! Indeed, the record of the wicked is in sijjeen.
( 8 )   And what can make you know what is sijjeen?
( 9 )   It is [their destination recorded in] a register inscribed.
( 10 )   Woe, that Day, to the deniers,
( 11 )   Who deny the Day of Recompense.
( 12 )   And none deny it except every sinful transgressor.
( 13 )   When Our verses are recited to him, he says, "Legends of the former peoples."
( 14 )   No! Rather, the stain has covered their hearts of that which they were earning.
( 15 )   No! Indeed, from their Lord, that Day, they will be partitioned.
( 16 )   Then indeed, they will [enter and] burn in Hellfire.
( 17 )   Then it will be said [to them], "This is what you used to deny."

 

________________________________________________________ 

Polisi Zurich Takaful untuk motosikal (sehingga 350cc)
✅ Unlimited mileage & unlimited towing requests

Isnin, 20 April 2026

Doa apabila timbul rasa tidak enak

 


Doa apabila timbul rasa tidak enak : 


اللَّهُمَّ لا يَأتي بالحَسَناتِ إلا أنتَ، 

وَلا يَدْفَعُ السَّيِّئاتِ إلا أنْتَ، 

وَلا حوْلَ وَلا قُوَّةَ إلا بِك


حديثٌ صَحيحٌ، رَوَاهُ أبو داود بإسنادٍ صَحيحٍ.


Ertinya: Ya Allah , tiada siapa yang boleh membawa kebaikan melainkan Engkau, dan tiada yang dapat menolak keburukan melainkan Engkau dan tiada kudrat & kekuatan melainkan denganMu jua . Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih


Doa agar di jauhkan dari firasat yang buruk/rasa tidak enak:


اَللَّهُمَّ لَا خَيْرَ إِلَّا خَيْرُكَ وَلَا طَيْرَ إِلَّا طَيْرُكَ وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ


Ertinya: Ya Allah, tidak ada kebaikan kecuali kebaikan yang berasal dari-Mu dan tidak ada perkara buruk kecuali perkara buruk itu yang berasal dari-Mu (yang telah Engkau tetapkan), dan tidak ada Tuhan selain Engkau. Riwayat Imam Ahmad


Perkongsian AF Ustaz Zahazan



Sabtu, 14 Mac 2026

Multifunction Stainless Steel Vegetable Peeler Double Head Fruit Potato Carrot Melon Kitchen Peeling Tool Gadget

 


Kitchen Vegetable Peeler Stainless Steel Double-Head Multifunction Fruit & Vegetable Peeler

Make your kitchen tasks faster and easier with this Stainless Steel Double-Head Kitchen Vegetable Peeler. Designed for convenience and efficiency, this multifunction peeler helps you peel fruits and vegetables quickly with minimal effort.

Made from high-quality stainless steel, the blade is sharp, durable, and rust-resistant, ensuring long-lasting performance for everyday kitchen use. The double-head design allows smoother peeling and better control when handling different types of produce.

Perfect for peeling potatoes, carrots, cucumbers, apples, pears, melons, and many other fruits and vegetables.

Product Features

  • Double-head blade design for efficient peeling

  • High-quality stainless steel blade – sharp and rust-resistant

  • Multifunction peeler suitable for fruits and vegetables

  • Ergonomic handle for comfortable grip and easy control

  • Easy to clean and convenient for daily kitchen use

Suitable For

  • Potatoes

  • Carrots

  • Cucumbers

  • Apples and pears

  • Melons and other fruits

A practical kitchen tool for home cooking, restaurants, and everyday food preparation.

🔗Click here & Buy:

Khamis, 12 Mac 2026

Tokoh Ilmu Falak Malaysia

 



Di Malaysia penentuan Hari Raya Aidilfitri dibuat melalui gabungan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab falak. Ramai ulama falak tempatan menyumbang ilmu ini, salah seorangnya ialah Tuan Haji Abdul Ghani Salleh, tokoh ilmu falak syarie Malaysia.


Tokoh Ilmu Falak: Tuan Haji Abdul Ghani Salleh

  • Dilahirkan di Kampung Paya Keladi, Kuala Terengganu sekitar 1929.

  • Dikenali sebagai pakar ilmu falak syarie dan pernah mengajar falak di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA).

  • Beliau menghasilkan banyak karya dan modul falak yang digunakan untuk belajar:

    • penentuan awal bulan Hijrah

    • waktu solat

    • arah kiblat

    • gerhana matahari dan bulan

Beliau juga menyusun 6 jilid monograf ilmu falak (lebih 1200 halaman) yang menerangkan kaedah hitungan falak secara terperinci.


Buku / Kitab Hisab Karya Abdul Ghani Salleh

Antara karya yang sering disebut dalam kalangan pelajar falak:

  1. Ilmu Falak Syarie (nota dan modul pengajian)

  2. Kaedah Hitungan Falak

  3. Penentuan Awal Bulan Hijrah

  4. Penentuan Waktu Solat

  5. Perbandingan Takwim Hijri dan Masihi

  6. Hisab Rukyah Hilal

Sebahagian karya ini asalnya nota kuliah falak yang digunakan oleh pelajar dan pegawai agama.


Kandungan Ilmu Hisab Dalam Buku Falak

Biasanya buku beliau mengajar langkah-langkah seperti:

1️⃣ Hisab Ijtimak (conjunction bulan)

Mengira waktu bulan dan matahari berada satu garis longitud.

2️⃣ Hisab Kedudukan Hilal

Kira:

  • ketinggian bulan (altitude)

  • jarak lengkung bulan-matahari

  • umur bulan

3️⃣ Kriteria Kenampakan Hilal

Malaysia guna kriteria seperti:

  • tinggi bulan minimum

  • jarak elongasi tertentu

Ini digunakan untuk tentukan:


Kenapa Malaysia masih tengok anak bulan?

Walaupun ada hisab, Malaysia guna konsep:

Rukyah + Hisab

Hisab digunakan untuk:

  • ramal kemungkinan nampak hilal

Rukyah digunakan untuk:

  • pengesahan syarie

Kaedah ini telah lama diamalkan oleh ulama falak Nusantara.


Tokoh Falak Malaysia Lain (untuk rujukan)

Antara tokoh yang sama bidang:

  • Syeikh Abdullah Fahim – pakar falak yang menentukan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.

  • Tuan Guru Mohamad Khair Taib – tokoh falak Perak.

  • Prof. Dr. Baharuddin Zainal – pakar falak moden Malaysia.


Menariknya:

 
Ulama falak lama di Nusantara sebenarnya boleh kira Hari Raya beberapa tahun awal

menggunakan hisab tradisional walaupun tanpa komputer.

 

 

 

 

 



 

Doa Lailatul Qadar dalam Bulan Ramadhan

 




LAILATUL QADAR DI 10 MALAM TERAKHIR


Setiap tahun bulan Ramadhon akan tiba. Di penghujung Ramadhon terutama malam-malam akhir. Sepuluh (10) malam yang terakhir. Ini bermakna misi memburu malam terhebat Lailatul Qadar akan bermula.

'Aisyah radiallahu ‘anha berkata: "Rasulullah ﷺ sering mengasingkan diri (beri’tikaf) pada sepuluh akhir Ramadhan." Baginda bersabda: "Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh akhir Ramadhan."

[Sahih al-Bukhari]


Rasulullah ﷺ juga mengajarkan doa Lailatul Qadar kepada 'Aisyah r.a.:


اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى


"Allahumma innaka ‘afuwwun, tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni."


(Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf. Engkau mencintai orang yang meminta maaf, oleh itu maafkanlah aku). [HR. Tirmizi dan Ibnu Majah]


Banyakkan doa ini di setiap malam. Moga Allah kurniakan kita rezeki bertemu lailatul qadar.


Pahala ibadah seribu bulan di Malam Lailatul Qadar. Peluang yang Allah SWT sediakan untuk umat Nabi Muhammad SAW. 

 

Buku Al-Hidayah Keistimewaan Malam Lailatul Qadar  

 

https://vt.tiktok.com/ZS9dG5ST63P7h-26KV5/ 

Ahad, 8 Mac 2026

Terjemahan Al-Quran Surah Al-Mulk ayat 1-10

 


Terjemahan dalam English 

 ( 1 )   Blessed is He in whose hand is dominion, and He is over all things competent -
( 2 )   [He] who created death and life to test you [as to] which of you is best in deed - and He is the Exalted in Might, the Forgiving -
( 3 )   [And] who created seven heavens in layers. You do not see in the creation of the Most Merciful any inconsistency. So return [your] vision [to the sky]; do you see any breaks?
( 4 )   Then return [your] vision twice again. [Your] vision will return to you humbled while it is fatigued.
( 5 )   And We have certainly beautified the nearest heaven with stars and have made [from] them what is thrown at the devils and have prepared for them the punishment of the Blaze.
( 6 )   And for those who disbelieved in their Lord is the punishment of Hell, and wretched is the destination.
( 7 )   When they are thrown into it, they hear from it a [dreadful] inhaling while it boils up.
( 8 )   It almost bursts with rage. Every time a company is thrown into it, its keepers ask them, "Did there not come to you a warner?"
( 9 )   They will say," Yes, a warner had come to us, but we denied and said, 'Allah has not sent down anything. You are not but in great error.'"
( 10 )   And they will say, "If only we had been listening or reasoning, we would not be among the companions of the Blaze."

 

Terjemahan dalam Bahasa Malaysia

 ( 1 )   Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
( 2 )   Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
( 3 )   Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
( 4 )   Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
( 5 )   Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.
( 6 )   Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
( 7 )   Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.
( 8 )   Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?"
( 9 )   Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! "
( 10 )   Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".

Khamis, 26 Februari 2026

Waktu mustajab Doa sepanjang Ramadhan

 


Waktu mustajab doa sepanjang Ramadhan:

  1. Waktu hampir berbuka, ketika berbuka, lepas makan tu berdoa lagi. Berturutan. Minum doa, makan doa sampailah kita solat Maghrib tu, kerana waktu itu memang mustajab, doa kita kepada Allah. Panjang waktu tu, setengah jam sebelum azan dikumandangkan sampai kita solat maghrib tu.
  2. Selepas witir solat tarawih.
  3. Waktu bersahur, waktu tahajud. Kalau kita bangun awal, 4.30 pagi waktu nak sahur, solat sunat dulu. Para ibu, sebelum sediakan sahur tu sekeluarga tu, solatlah sunat dulu. 2 rakaat ke, doa pada Allah SWT, banyak hajat yang kita nak pohon pada Allah.

Boleh juga berdoa pada waktu syuruk. Doa selepas solat Subuh sehingga matahari terbit dan masuk waktu Syuruk dia tunaikan solat Syuruk.

Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna, sempurna, sempurna.” (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi dan , ath-Thabrani r.a.)

Ambil peluang ni supaya Ramadhan ni kita mengurangkan hubungan dengan manusia dan memperbaiki hubungan kita dengan Allah.

Dalam kesibukkan kita jangan lupa berdoa untuk ibu bapa, adik beradik, anak-anak kerana sifat orang beriman ialah mendoakan orang yang di bawah dan di atas. Di atas, ibu bapa, di bawah, anak-anak.

Perkongsian AF Ustaz Zahazan

 

Jumaat, 20 Februari 2026

Kebaikan Cranberry untuk Buah Pinggang

 


Cranberry memang terkenal baik untuk kesihatan saluran kencing dan buah pinggang, terutamanya untuk bantu kurangkan risiko jangkitan kuman (UTI).


🫐 Cranberry Segar vs Cranberry Kering

Image

Image

Image

Image

Kebaikan Cranberry (umum)

  • Mengandungi proanthocyanidins (PACs) – bantu cegah bakteria melekat pada dinding saluran kencing

  • Kaya antioksidan

  • Ada vitamin C

  • Sokong kesihatan jantung & imuniti


Cranberry Kering – Masih Baik ke?

Jawapan ringkas: Ya, tapi…

👍 Kelebihan

  • Masih ada antioksidan

  • Lebih tahan lama & mudah simpan

  • Senang dijadikan snek

⚠️ Perlu Berhati-hati

  • Kebanyakan cranberry kering di pasaran ditambah gula

  • Kandungan gula tinggi → kurang sesuai untuk:

    • Pesakit diabetes

    • Orang yang ada masalah buah pinggang kronik

    • Mereka yang kawal berat badan

👉 Tips pilih yang lebih sihat:


🥗 Apa Boleh Buat Dengan Cranberry Kering?

1️⃣ Campur Dalam Oat / Overnight Oats

  • Tambah 1–2 sudu makan

  • Campur dengan chia seed & yogurt

2️⃣ Masuk Dalam Salad

  • Salad sayur hijau + kacang badam + cranberry

  • Sedap masam-masam manis

3️⃣ Trail Mix Sihat

  • Campur dengan:

    • Almond

    • Walnut

    • Pumpkin seed

4️⃣ Air Infused Cranberry

  • Rendam cranberry kering dalam air suam 1–2 jam

  • Minum air rendaman (tanpa gula tambahan)

5️⃣ Dalam Masakan

  • Masuk dalam:

    • Nasi arab

    • Ayam panggang

    • Muffin homemade rendah gula


💡 Untuk Buah Pinggang – Apa Lagi Yang Penting?

Cranberry bantu saluran kencing, tapi untuk buah pinggang secara keseluruhan:

  • Minum air kosong cukup

  • Kurangkan garam

  • Kawal gula dalam darah

  • Elak ubat tahan sakit berlebihan (NSAID)

  • Kawal tekanan darah


Khamis, 19 Februari 2026

Tazkirah Pelita Jiwa - Perkongsian


بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Buat Renungan Kita Bersama.


✨✨Tajuk :  “ Hati Yang Banyak Zikir, Syaitan Tak Ada Tempat Tinggal “✨✨


1. Mukaddimah :


Hati manusia ni unik. Bila ia kosong, syaitan masuk. Bila ia penuh, syaitan lari. Persoalannya: apa yang kita isi dalam hati setiap hari? Dunia… atau Allah?


2. Indahnya Zikir Kepada Allah : 


Zikir bukan sekadar sebutan lidah. Ia nafas roh, penenang jiwa, penawar luka yang manusia tak nampak.

 

Allah berfirman:

“Ketahuilah, dengan mengingati Allah itu hati menjadi tenang.”

(Surah ar-Ra‘d: 28)


Tenang bukan sebab masalah hilang, tapi sebab Allah hadir dalam hati.


3. Hati Penuh Zikir, Syaitan Tiada Tempat Tinggal :


Syaitan tak suka tempat terang.

Zikir adalah cahaya.

Bila hati bercahaya:

Hasad jadi lemah

Marah mudah reda

Maksiat rasa berat


Bukan sebab kita kuat, tapi sebab syaitan tak dapat bertapak.


4. Cara Agar Hati & Lisan Sentiasa Berzikir :


Tak perlu tunggu jadi orang soleh dulu baru berzikir.


Mulakan dengan:


Biasakan istighfar bila buat salah

Selitkan tasbih, tahmid, takbir dalam rutin harian

Zikir pendek tapi konsisten lebih Allah cintai

Jaga zikir pagi & petang — benteng harian orang beriman


5. Bahaya Bila Lalai Zikir : 


Hati yang lalai:

Mudah resah tanpa sebab

Cepat marah, cepat kecewa

Dosa nampak kecil, taubat nampak berat


Allah mengingatkan: 🌾


“Barang siapa berpaling dari mengingati-Ku, maka baginya kehidupan yang sempit.”

(Surah Taha: 124)


6. Kata-kata Ulama Muktabar : 


Imam Ibn Qayyim رحمه الله berkata:


“Zikir bagi hati seperti air bagi ikan. Apa jadi pada ikan bila dikeluarkan dari air?”


Imam Al-Ghazali رحمه الله berkata:


“Zikir itu membersihkan hati daripada karat, dan karat hati adalah lalai daripada mengingati Allah.”


Hati bukan kotor sebab dosa semata-mata, tapi sebab lama tak berzikir.


Sufyan ath-Thauri رحمه الله berkata:


“Tidak ada sesuatu yang lebih berat ke atas syaitan selain seorang hamba yang sentiasa berzikir kepada Allah.”


Satu zikir yang ikhlas, boleh mengalahkan ribuan bisikan syaitan.


Begitulah hati tanpa zikir — mati perlahan-lahan.


7. Pesanan Unum Buat Ummah :🕌


Jangan tunggu hati bersih baru berzikir.

Zikirlah supaya hati dibersihkan.

Kita bukan malas berzikir sebab tak lapang, tapi sebab hati terlalu penuh dengan dunia.


5 Pesanan Buat Ummah Tentang Zikir : 


1️⃣ Jangan tunggu tenang baru berzikir

Zikir bukan untuk orang yang sudah baik,

zikirlah yang menjadikan kita baik dan tenang.


2️⃣ Zikir bukan tanda lemah, tapi tanda bergantung kepada Allah

Orang yang kuat bukan yang jarang berdoa,

tapi yang tahu ke mana hendak kembali bila lemah.


3️⃣ Sedikit tapi berterusan lebih berharga

Tak perlu zikir panjang kalau tak istiqamah.

Allah cintakan amalan kecil yang konsisten.


4️⃣ Zikir adalah benteng paling murah & paling kuat

Tak perlu bayaran, tak perlu teknologi,

cukup lidah yang basah dengan zikir dan hati yang sedar.


5️⃣ Bila zikir hilang, dosa jadi ringan

Dan bila zikir hidup, maksiat terasa berat.

Jaga zikir, Allah jaga hidup kita.


8. Doa Sahih Agar Hati Sentiasa Berzikir :


Doa Nabi ﷺ:


اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَىٰ ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ


(Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan beribadah dengan sebaik-baiknya)

( Hadis sahih – Riwayat Abu Dawud )



9. Kata-kata Motivasi Akhir : 


Kalau hati rasa kosong, jangan tambah dunia.

Tambahlah zikir.

Kerana hati yang dipenuhi Allah, tak akan sempat dihuni syaitan.


Memburu Maghfirah Meraih Mardhatillah



Al Faqir Ust Hj Wan Hamidi Bin Wan Mat

YBIM @ LESTARI UMMAH @ MMTT @ MIDU


Selasa, 3 Februari 2026

Takaful perlindungan Motosikal - Jenis Perlindungan Asas


 

🔹 1. Jenis Perlindungan Asas

🟢 Z-Rider (Comprehensive)

✔ Cover kerosakan motosikal sendiri akibat:

  • Kemalangan

  • Kebakaran

  • Kecurian

✔ Cover liabiliti pihak ketiga:

  • Kecederaan / kematian

  • Kerosakan harta benda orang lain

➡️ Paling lengkap & sesuai untuk motor baru / bernilai tinggi


🔵 TPFT (Third Party, Fire & Theft)

✔ Cover:

  • Kebakaran & kecurian motosikal sendiri

  • Liabiliti pihak ketiga (wajib)

TIDAK cover kerosakan motosikal sendiri akibat kemalangan

➡️ Sesuai untuk motor lama / bajet rendah


🔹 2. Perlindungan Towing

🚛 Z-Rider

ADA towing cover

  • Disebabkan kemalangan yang dilindungi

  • Had tuntutan tertakluk kepada wording (kebiasaannya munasabah & perlu resit)

🚫 TPFT

TIADA towing cover

  • Sebab kemalangan tidak dilindungi, jadi towing automatik tidak boleh claim



3. Situasi Claim (Contoh Mudah)

SituasiZ-RiderTPFT
Motor jatuh sendiri✅ Claim❌ Tak boleh
Motor terbakar✅ Claim✅ Claim
Motor dicuri✅ Claim✅ Claim
Accident dgn kereta✅ Claim❌ Tak boleh
Towing lepas accident✅ Claim❌ Tak boleh


🔹 4. Kesesuaian 

✔ Pilih Z-Rider jika:

  • Motor baru / masih hutang

  • Guna harian / ride jauh

  • Mahu peace of mind + towing

✔ Pilih TPFT jika:

  • Motor lama

  • Nak jimat premium

  • Jarang guna / risiko rendah


Jumaat, 30 Januari 2026

Golongan yang mendapat jaminan Allah

 


PERKONGSIAN HADIS

Golongan Yang Mendapat Jaminan Allah


عَنْ أَبِي أُمَامَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: ثَلاثَةٌ كُلُّهُمْ ضَامِنٌ عَلَى اللَّهِ، إِنْ عَاشَ رُزِقَ وَكُفِيَ وَإِنْ مَاتَ أَدْخَلَهُ اللَّهُ الْجَنَّةَ: مَنْ دَخَلَ بَيْتَهُ فَسَلَّمَ فَهُوَ ضَامِنٌ عَلَى اللَّهِ وَمَنْ خَرَجَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَهُوَ ضَامِنٌ عَلَى اللَّهِ وَمَنْ خَرَجَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَهُوَ ضَامِنٌ عَلَى اللَّهِ

Daripada Abu Umamah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tiga golongan, semuanya dijamin oleh Allah: jika mereka hidup, mereka akan diberikan rezeki dan dicukupkan; dan jika mereka mati, Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga. (Golongan itu ialah): sesiapa yang masuk ke dalam rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin oleh Allah; sesiapa yang keluar menuju ke masjid (untuk beribadah), maka dia dijamin oleh Allah; dan sesiapa yang keluar di jalan Allah (berjihad), maka dia dijamin oleh Allah." (HR Abu Daud No: 2494) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Menurut Ibn Rajab al-Hanbali dalam Jāmi‘ al-‘Ulūm wal-Ḥikam, “Jaminan Allah” bermaksud bahawa Allah menjamin keselamatan, rezeki, perlindungan, dan syurga bagi tiga golongan:

a.  Orang yang memberi salam apabila masuk rumah
b.  Orang yang menuju ke masjid
c.  Orang yang keluar berjihad ke jalan Allah

2.  Memberi salam adalah sunnah yang dituntut.  Memberi salam menjadi jalan untuk mendapatkan perlindungan Allah.

3.  Seseorang yang memasuki rumahnya dengan memberi salam menunjukkan kerendahan hati dan ketundukan kepada Allah. Rumah menjadi tempat yang selamat dan diberkati jika penuh dengan zikir dan salam.

4.  Hadis ini menekankan keutamaan pergi ke masjid sebagai tempat ibadah. Menghadiri solat berjemaah merupakan salah satu cara untuk memperkukuh hubungan dengan Allah dan mengeratkan hubungan sesama Muslim dalam kerangka ukhuwah Islamiyah.

5.  Berjihad di jalan Allah, dalam pelbagai bentuk seperti melibatkan diri dengan kerja dakwah, berperang, menuntut ilmu, atau berjuang untuk keadilan adalah amal yang paling tinggi. Allah menjamin syurga bagi sesiapa yang melakukannya.

#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka


Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Nama Isteri-isteri Rasulullah SAW yang tidak mempunyai anak selain Saiditina Khadijah

 


Berdasarkan sirah dan catatan sejarah Islam, daripada semua isteri Rasulullah SAW (Ummahatul Mukminin), hanya dua orang sahaja yang melahirkan zuriat untuk Baginda, iaitu Saiditina Khadijah binti Khuwaylid dan Maria al-Qibtiyya (ibu kepada Ibrahim).

Berikut adalah senarai isteri-isteri Nabi SAW yang tidak mempunyai anak hasil perkahwinan dengan Baginda:

  1. Saiditina Aisyah binti Abu Bakr: Beliau adalah satu-satunya isteri Baginda yang dikahwini semasa anak dara, namun tidak dikurniakan zuriat.

  2. Saiditina Sawdah binti Zam’ah: Beliau tidak mempunyai anak bersama Nabi SAW.

  3. Saiditina Hafsah binti Umar: Beliau tidak mempunyai anak bersama Nabi SAW.

  4. Saiditina Zainab binti Khuzaimah: Beliau meninggal dunia hanya beberapa bulan selepas berkahwin dengan Nabi SAW dan tidak mempunyai anak.

  5. Saiditina Ummu Salamah (Hind binti Abi Umayyah): Beliau mempunyai anak daripada perkahwinan terdahulu (dengan Abu Salamah), tetapi tidak mempunyai anak bersama Nabi SAW.

  6. Saiditina Zainab binti Jahsh: Beliau tidak mempunyai anak bersama Nabi SAW.

  7. Saiditina Juwairiyah binti al-Harith: Beliau tidak mempunyai anak bersama Nabi SAW.

  8. Saiditina Ummu Habibah (Ramlah binti Abi Sufyan): Beliau mempunyai anak daripada perkahwinan terdahulu (Habibah), tetapi tidak mempunyai anak bersama Nabi SAW.

  9. Saiditina Safiyyah binti Huyayy: Beliau tidak mempunyai anak bersama Nabi SAW.

  10. Saiditina Maimunah binti al-Harith: Beliau tidak mempunyai anak bersama Nabi SAW.

Nota Penting: Walaupun ramai antara mereka tidak mempunyai zuriat bersama Rasulullah SAW, mereka tetap memegang gelaran Ummahatul Mukminin (Ibu bagi orang-orang beriman) dan memainkan peranan besar dalam menyebarkan ilmu agama, terutamanya Saiditina Aisyah R.A.

Bersama Saiditina Khadijah binti Khuwaylid R.A, Rasulullah SAW dikurniakan enam orang cahaya mata, iaitu dua orang lelaki dan empat orang perempuan.

Berikut adalah nama anak-anak Baginda bersama Saiditina Khadijah mengikut turutan:

  1. Al-Qasim: Anak sulung Baginda. Disebabkan nama anak ini, Nabi SAW diberi gelaran Abul Qasim (Bapa kepada Qasim). Beliau wafat ketika masih kecil.

  2. Zainab: Anak perempuan sulung. Beliau berkahwin dengan sepupunya, Abu al-Aas bin al-Rabi'.

  3. Ruqayyah: Anak perempuan kedua. Beliau berkahwin dengan Saidina Uthman bin Affan R.A.

  4. Ummu Kulthum: Anak perempuan ketiga. Beliau juga berkahwin dengan Saidina Uthman bin Affan R.A selepas kakaknya, Ruqayyah, wafat.

  5. Fatimah az-Zahra: Anak perempuan bongsu yang sangat disayangi Baginda. Beliau berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib R.A dan merupakan ibu kepada Saidina Hasan dan Husain.

  6. Abdullah: Anak lelaki kedua. Beliau juga wafat ketika masih kecil. Beliau sering digelar sebagai al-Tayyib dan al-Tahir.

Kesemua anak lelaki Baginda wafat semasa masih kecil di Makkah, manakala kesemua anak perempuan Baginda sempat membesar, memeluk Islam, dan berhijrah ke Madinah. Namun, kesemua mereka (kecuali Fatimah) wafat sebelum kewafatan Rasulullah SAW. Saiditina Fatimah R.A wafat enam bulan selepas kewafatan Baginda.